Pengamal perubatan, Dr. Imelda Balchin tampil berkongsi pesanan mengenai ‘pantang larang’ semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Artikel Berkaitan: First Time Nak Solat Raya? Ini Panduan Ringkas Untuk Korang!
Artikel Berkaitan: 10 Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Pada Pagi Raya
Pantang-Raya
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Dr Imelda mengingatkan orang ramai agar tidak makan secara berlebihan atau gelojoh kerana ia boleh mengganggu sistem penghadaman sehingga menyebabkan perut kembung dan angin.
Tidak hanya menghidangkan minuman manis, tuan rumah digalakkan menyediakan air kosong buat tetamu bagi mengurangkan risiko penyakit diabetes.
Dari segi pergaulan pula, Dr. Imelda menasihatkan tetamu supaya menjaga lisan dengan tidak bertanyakan soalan sensitif seperti bila mahu berkahwin, isu cahaya mata, atau perancangan menambah anak kepada pasangan suami isteri.
Dia juga menegaskan agar kita tidak sibuk mahu menjodohkan orang secara paksa atau mencampuri urusan rumah tangga orang lain.
Bagi penjagaan ibu dan bayi, Dr. Imelda menjelaskan bahawa ibu yang baru bersalin sebenarnya tidak dilarang makan juadah raya seperti rendang kerana mereka memerlukan protein untuk menyusukan anak.
Orang ramai juga tidak dinasihatkan supaya tidak mencium bayi yang baru lahir sesuka hati kerana bimbang akan jangkitan kuman.
Dr Emelda menitipkan pesar agar kita tidak perlu berlebih-lebihan membeli baju raya baru jika tidak mampu kerana matlamat utama raya adalah untuk menghargai masa bersama keluarga, bukannya untuk menunjuk-nunjuk.
Sebaliknya, kita perlulah sentiasa mengingati kepada golongan miskin melalui amalan bersedekah.
Sumber: Threads Dr Imelda
The post Jangan Jadi ‘Joy Killer’! Ini 16 ‘Pantang Raya’ – ‘Elak Show Off, Tanya Bila Nak Kahwin’ first appeared on OHBULAN!.





