31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu Saman RM1.3 Juta, Rizman Ruzaini Serah Kepada Mahkamah – ‘Kami Tak Nak Komen, Bila Tiba Masa Kami Akan Buka Cerita’

    Shopee Sale

    Duo pereka fesyen tersohor negara, Rizman dan Ruzaini akhirnya bersuara berhubung kes saman sivil yang difailkan oleh suami kepada pelakon Datin Intan Najuwa, iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman berjumlah RM1.3 juta.

    Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Tuntut Rizman Ruzaini Bayar Hutang RM1.3 Juta Sebelum 15 Januari Ini – ‘Tiga Tahun Pilih Berdiam Diri’

    Artikel Berkaitan: ‘Selagi Nama Tak Disebut, Kami Tak Nak Komen’ – Rizman Ruzaini Respon Dakwaan Tak Bayar Hutang Intan Najuwa

    Respon Rizman Ruzaini

    Ketika ditemui , Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil yang mewakili syarikat Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn Bhd menjelaskan bahawa mereka memilih untuk tidak mengulas lanjut memandangkan kes tersebut kini dalam prosiding mahkamah.

    Setiap kisah mesti ada dua bahagian. Tapi, saya sendiri tak boleh beri sebarang komen sebab semuanya masih dalam proses mahkamah. 

    Kami perlu hormat proses mahkamah. Bila sampai masa, kami sendiri akan buka cerita.

    Rizman Ruzaini berkata demikian ketika ditemui pertunjukan fesyen koleksi Syawal 2026 di butik mereka di Shangri-La Kuala Lumpur pada Khamis.

    Percaya sokongan pelanggan

    Mengulas tentang pendekatan yang diambil, jenama yang baru menyambut ulang tahun ke-20 dalam industri fesyen ini menegaskan bahawa kematangan adalah kunci utama mereka dalam berdepan sebarang cabaran perniagaan.

    Sepanjang 20 tahun, kami bergelar pereka fesyen seterusnya usahawan, setiap apa yang kami lakukan ia haruslah menunjukkan kematangan kita.

    Setiap apa yang kami hadapi, perlulah kami ambil jalan terbaik. Kami memilih untuk menyelesaikan ia dengan cara profesional. 

    Ditanya mengenai reputasi jenama mereka selepas isu ini tular, duo pereka fesyen ini percaya sokongan daripada peminat merupakan kekuatan yang membuatkan kedudukan Rizman Ruziani tetap utuh meskipun berdepan kontroversi.

    Apa yang membuatkan kami terus kukuh di usia 20 tahun adalah kerana kami mempunyai sokongan yang sangat kuat. 

    Ia mungkin tak menjadi isu kepada peminat rekaan Rizman Ruzaini, sokongan yang diberikan oleh mereka sangat kuat sehingga sekarang.

    Sebelum ini, pelakon Intan Najuwa tampil memberi kenyataan mengenai tindakan undang-undang yang difailkan oleh suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman terhadap pereka fesyen, Rizman Nordin dan Wan Mohd Ruzaini Wan Jamil mewakili syarikat mereka, Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn Bhd.

    MENARIK:  Ibu Hamil 5 Bulan Dirogol Beramai-Ramai Sampai Mati, Mayat Dibuang Tepi Kolam Pancing

    Mengikut ketetapan mahkamah pada 16 Disember lalu, satu perintah pembayaran berjumlah RM1.3 juta telah dikeluarkan terhadap pihak defendan yang perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada 15 Januari 2026.

    The post Isu Saman RM1.3 Juta, Rizman Ruzaini Serah Kepada Mahkamah – ‘Kami Tak Nak Komen, Bila Tiba Masa Kami Akan Buka Cerita’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah