Pelakon Daniel Fong menjadi tumpuan netizen selepas namanya dikaitkan dengan dakwaan memiliki bau badan kurang menyenangkan.
Artikel Berkaitan: Kritik Bau Badan Kaum Lelaki, Penyampai Berita Dikecam Hingga Terpaksa Berhenti Kerja
Artikel Berkaitan: ‘Suami Rindu Bau Tekak & Ket*ak Saya’ – Ayunie Malu Dituduh Badan Berbau
Nama Daniel Fong terpalit
Kontroversi itu mula tercetus apabila pelakon Harissa Adylnn, dalam satu temu bual, mendedahkan pernah berdepan dengan seorang rakan gandingan yang mempunyai bau badan sehingga membuatkannya berasa tidak selesa ketika berada di set penggambaran.
Namun, Harissa tidak menyebut secara langsung siapakah pelakon yang dimaksudkan.
Kenyataan itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengguna media sosial, yang kemudiannya mula membuat andaian dan ‘menyiasat’ siapakah individu yang dimaksudkan.
Nama Daniel Fong mula disebut-sebut selepas netizen mengaitkannya dengan projek lakonan yang melibatkan dirinya dan Harissa sebelum ini.
Menerusi pemerhatian , netizen mula membanjiri ruangan komen di akaun TikTok milik Daniel, dengan pertanyaan sama ada benar dirinya merupakan pelakon yang dimaksudkan dan jika benar dia mempunyai masalah bau badan.
Tidak berdiam diri, Daniel yang menyedari namanya terpalit bertindak memuat naik satu hantaran di TikTok memaparkan momen dirinya dan Harissa melakukan sesi photoshoot mempromosikan drama.
Bagaimanapun, kapsyen hang ditulis Daniel pada hantaran tersebut menarik perhatian ramai.
BTS Kerana Seorang Lelaki, saya ada pakai deodorant okay!
Komen


Sumber: TikTok Daniel Fong
The post Isu Bau Badan Di Set Penggambaran, Netizen Petik Nama Daniel Fong – ‘Saya Pakai Deodoran’ first appeared on OHBULAN!.






