34 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteriku Sebenarnya Lelaki! Suami Mohon Batal Perkahwinan Lepas 7 Hari Nikah – ‘Dalam Kad Pengenalan Jantina Dia Perempuan’

    Shopee Sale



    Sekadar gambar hiasan

    Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan hubungan yang bahagia dan kekal selama-lamanya. Namun lain pula kisahnya dengan pasangan ini apabila terpaksa bercerai selepas seminggu bernikah.

    Isteri rupanya berjantina lelaki?

    Sekadar gambar hiasan

    Baru-baru ini, seorang peguam Syarie Hafiz Nur telah berkongsi semula di TikTok mengenai kisah seorang suami mahu membatalkan perkahwinan (faraq perkahwinan) selepas mengetahui status jantina isterinya.

    Menurut lelaki terbabit, wanita yang dikahwininya itu merupakan seorang lelaki yang menyamar menjadi wanita.

    Saya dapat tahu isteri saya seorang lelaki selepas kami berkahwin.

    Masalahnya, dalam kad pengenalan jantina dia perempuan.

    Difahamkan, proses ijab kabul pasangan berkenaan telah dijalankan di Thailand.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya akui tidak sangka mengapa kejadian seperti ini boleh terjadi di Malaysia lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa maklumat pada kad pengenalan yang digunakan individu berkenaan adalah ‘palsu’.

    Menurut peguam Hafiz, perubahan pada maklumat jantina kemungkinan boleh terjadi disebabkan pertukaran kad pengenalan semasa penukaran agama.

    MENARIK:  ‘Ameena Anak Yang Mudah Tapi Bukan Sampai Culas Tanggungjawab’ – Shakilla Khoriri Perjelas Isu Duit Belanja RM3

    Walau bagaimanapun, orang ramai terutamanya yang beragama Islam digalakkan untuk melaksanakan pernikahan mengikut undang-undang Malaysia.

    Antara keburukan nikah di Thailand, tiada semakan maklumat pasangan dengan terperinci, tiada ujian saringan kesihatan, takut tersalah nikah di tempat yang tidak diiktiraf oleh Mahkamah Syariah serta keraguan berkenaan status keesahan pernikahan tersebut dari segi hukum syarak.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah