29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Yonnyboii Dedah Pembuli Suami Tidak Pernah Minta Maaf – ‘Ajak Bergambar Macam Kawan’

    Shopee Sale

    Isteri kepada penyanyi rap, Yonnyboii iaitu Nik Nazira mendakwa individu yang pernah membuli suaminya tidak pernah tampil memohon maaf, malah bersikap seperti peminat.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yonnyboii Pernah Jadi Mangsa Buli, Tradisi Asrama Perlu Dihentikan – ‘Sampai M*ti Saya Akan Ingat’

    Artikel Berkaitan: Impian Yonnyboii Bekerja Dengan Malique Tercapai, ‘Tanya Tuhan’ Jadi Taruhan

    Tak pernah minta maaf

    Menerusi muat naik di Threads, Nazira berkata selepas mengetahui tentang trauma yang dialami oleh suaminya, dia mengajar Yonnyboii untuk menjadi seorang yang lebih tegas.

    Kami pernah terserempak dengan pembuli-pembuli itu.

    Mereka tidak pernah meminta maaf, malah bertindak seolah-olah seperti kawan, siap minta bergambar lagi.

    Selepas lima tahun berkahwin, saya ajar suami saya untuk jadi lebih tegas dan tidak perlu kisah sekiranya orang menganggap kita kurang ajar atau tidak.

    Hidup ini terlalu singkat untuk sentiasa cuba puaskan hati semua orang.

    Jelas Nazira, Yonnyboii juga bukan lagi seperti dahulu dan telah banyak berubah.

    Dia sangat terkesan dengan trauma masa silamnya. Tetapi kini, dia lebih mengawal hidupnya sendiri.

    Dia tahu mempertahankan diri dan pendiriannya.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Amirul AF4 Meninggal Dunia Pada Usia 37 Tahun, Tinggalkan Isteri Hamil Trimester Ketiga

    The post Isteri Yonnyboii Dedah Pembuli Suami Tidak Pernah Minta Maaf – ‘Ajak Bergambar Macam Kawan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah