27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Sufi Rashid Ditegur Sebab ‘Workout’ Selepas Berpantang Anak Pertama – ‘Elak Angkat Berat, Takut Mudaratkan Peranakan’

    Shopee Sale



    Isteri kepada penyanyi terkenal Sufi Rashid iaitu Nurulain Md Yusof tampil memberikan penjelasan selepas menerima teguran daripada seorang individu yang menyarankan agar tidak melakukan senaman secara berlebihan memandangkan dia baru sahaja selesai menjalani tempoh berpantang.

    Ditegur sebab ‘workout’

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, individu terbabit juga meluahkan kebimbangan sekiranya aktiviti berat seperti itu boleh menjejaskan kesihatan peranakan wanita itu.

    Susulan daripada itu, Nurulain atau lebih mesra disapa Ain memberitahu adalah penting bagi seseorang untuk memahami kemampuan tubuh sendiri sebelum mencuba sebarang rutin kecergasan atau aktiviti senaman.

    Tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, aktiviti kecergasan telah menjadi sebahagian daripada rutin hidupnya sejak dahulu lagi.

    Awak kena tahu tubuh badan awak macam mana. Kalau nak cerita pasal peranakan, nak iktukan sebelum kahwin pun saya memang dah main gym, angkat berat. Tapi berat yang saya angkat tu sesuai dengan kemampuan saya. Saya tak berlebihan bila workout.

    Penjelasan Ain

    Ain turut menepis tanggapan bahawa wanita tidak boleh mengangkat berat kerana kononnya ia boleh menjejaskan keupayaan untuk melahirkan anak.

    Orang kata perempuan tak boleh angkat berat sebab nanti susah nak beranak dan sebagainya tapi awak kena tahu tubuh badan dan kemampuan awak. Jangan ikut orang dan sebab itu saya ada jurulatih peribadi memastikan semua dilakukan dengan cara yang betul.

    Isteri Sufi juga berkongsi bahawa selain melakukan senaman di gimnasium, dia turut mengikuti kelas natal pilates sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memulihkan tubuh badannya selepas bersalin.

    Dan saya kongsikan yang saya pergi natal pilates juga, Badan kita lepas beranak ni tak sama macam anak dara. Jadi, kena paksa sikit kalau nak dapatkan bentuk badan asal kembali.

    Kalau jenis takut nak workout, tak apa tak perlu buat

    Sekadar info, Ain dan Sufi selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 12 November tahun lalu.

    MENARIK:  ‘Sebelum Ni Bakal Mentua Letak Hantaran RM14k Tapi Lepas Perdana Menteri Umum Naik Gaji, Diorang Naikkan Jadi RM18k’

    Untuk rekod, Sufi dan Ain mendirikan rumah tangga pada 21 September 2019. Pasangan ini menunggu selama lima tahun untuk menyambut kelahiran anak pertama ini.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah