28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Saya Ditangkap Khalwat Di Rumah Sewa, Hancur Hati Saya

    Shopee Sale



    isteri khalwat

    Gambar sekadar hiasan

    Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa apabila sehingga ditangkap khalwat oleh pihak Jabatan Agama Islam.

    Kecewa seorang suami

    isteri khalwat

    Gambar sekadar hiasan

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Dj Nazz, individu tersebut berkongsi kisah rumah tangganya yang kini sedang retak menanti belah.

    Menurut lelaki tersebut, dia dan isteri berkenalan ketika wanita itu masih lagi menuntut di universiti sebelum mereka mendapat tawaran pekerjaan di negeri yang berbeza.

    Segala keperluan atau apa sahaja kewangan atau kemahuan, saya penuhi disebabkan dia dari keluarga kurang berkemampuan.

    Akhirnya kami berkahwin dan Alhamdulillah dia dapat tawaran sebagai penjawat awam di pantai timur sementara saya masih bekerja di sektor swasta di selatan tanah air.

    Dalam satu tahun kami berhubung jarak jauh semuanya indah dan dipermudahkan. Saya juga selalu menjenguk keluarganya sebab berdekatan dengan tempat saya bekerja.

    Masa dan jarak menyebabkan mereka semakin hilang kemesraan sehingga wanita tersebut sanggup berlaku curang.

    Paling memeritkan apabila perbuatan isterinya terbongkar setelah ditangkap bersekedudukan bersama lelaki lain.

    Tapi langit tak selalunya cerah, sedikit demi sedikit saya nampak perubahan dia, tapi saya bersangka baik dan fikir positif.

    Masa berlalu, hubungan kami semakin renggang apabila saya pergi ke sana berjumpa dengannya untuk berbincang dia tak nak bercakap untuk selesaikan masalah. Sampailah satu masa saya dapat panggilan dari Jabatan Agama Islam, isteri ditangkap khalwat di rumah sewanya. Hancur hati saya, masa itu hanya Allah yang mengetahui.

    Yang menjadikan lebih perit, ayah mentua saya dimasukan ke hospital dan saya yang menjaganya setiap hari sebab isteri anak tunggal. Apabila saya suruh dia balik banyak alasan yang diberikan.

    Bagaimanapun, dia tetap reda menerima takdir yang menimpa dirinya dan masih berharap agar rumah tangganya dapat diselamatkan walaupun kebahagiaan kian pudar.

    Saya terima tapi kenapa saya diperlakukan sebegini? Tak cukup ke pengorbanan saya selama ini? Dari dia belajar sampai kerja dan menjaga orang tuanya. Saya pergi menjamin dia dan bawa pulang ke kampungnya. Tak ada satu perkataan maaf pun keluar daripada mulutnya. Saya kecewa, apa salah saya?

    Saya serba salah, ayahnya sakit macam mana saya nak berbincang dengan keluarganya. Saya buntu memikirkan sampai sekarang kami masih berkahwin tapi atas kertas sahaja. Saya harap ada sinar baru untuk rumah tangga saya dan Allah melembutkan hati saya ini.

    MENARIK:  Bella Astillah Menarik Dirinya Daripada Drama 'Terjerat' Kerana Enggan Berkolaborasi Dengan Aliff Aziz & Ruhainies?

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah