Ramai peguam tampil berkongsi pengalaman mengendalikan kes perceraian di aplikasi Threads termasuk beberapa kes yang dianggap luar kotak kerana berpunca daripada perkara tidak disangka-sangka.
Artikel Berkaitan: ‘Anak Tidak Sah Taraf Bukan Selamanya’ – Peguam Dedah Ada Cara Nasabkan Kepada Bapa Kandung
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Perintah Mahkamah Tak Boleh Tarik Balik Mutaah Ikut Suka’ – Peguam
Peguam ‘spill’ punca cerai

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, seorang pengguna Threads dilihat meminta para peguam berkongsi punca perceraian selain isu kecurangan.
Para peguam, boleh kongsi tak kes penceraian yang tak masuk akal selain daripada curang.
Hantaran tersebut menerima sambutan luar biasa dengan komen yang dibanjiri isu-isu penceraian yang pernah dikendalikan para peguam.
Bagaimanapun, kebanyakan punca penceraian yang dikongsi dianggap sebagai perkara kecil namun mampu memberi kesan pada rumah tangga.
Tak pam tandas selepas digunakan.
Isteri dah berkali-kali nasihat, sampai akhirnya putus asa dan minta cerai.
Si suami tiada inisiatif untuk mendengar, pada dia isteri tiada nilai.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wanita memahami keadaan yang dianggap kelakar namun mampu membuatkan para isteri mula tawar hati dan akhirnya nekad untuk berpisah.
Sumber: Threads @aurawr444
The post Isteri ‘Fed Up’ Dalam Rumah Tangga, Fail Cerai Sebab Suami Tak ‘Flush’ Tandas first appeared on OHBULAN!.





