Selebriti media sosial dan penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli, berkongsi pengalaman pahit apabila mengambil keputusan meninggalkan rumah ketika ibu bapanya berdepan dengan perpisahan.
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Gelisah Fikirkan ‘Inspektor Sheila’ – ‘Sepanjang Berteman, Dia Tak Pernah Bersikap Kasar’
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Tak Pernah Minum Arak & Merokok Seumur Hidup
‘Tidur atas lantai’

Menerusi hantaran di Threads, Iqbal, 30, berkata, dia membawa diri ke Kuala Lumpur dan menyewa bilik di sebuah flat murah selama lima tahun.
Dahulu masa ibu ayah saya sudah mahu berpisah, saya pergi KL dengan alasan cari kerja.
Saya sewa di flat tingkat lima, turun naik tangga. Setahun juga sewa dapur yang dijadikan bilik tidur. Tidur atas lantai.
Hidup seorang diri di perantauan, Iqbal memberitahu dia bekerja di sebuah restoran makanan segera tanpa pengetahuan keluarga.
Saya kerja KFC, sejam naik bas. Hantar duit ke kampung RM200 untuk sembunyikan daripada orang kampung tahu yang saya sedang susah sebenarnya.
Kongsi pelantun lagu Hujan itu lagi, emosinya akan terjentik setiap kali mengimbas semula peristiwa tersebut.
Kadang-kala saya menangis sebab terlalu penat. Apabila ingat semula, sampai sekarang saya tidak pernah bercerita kepada keluarga.
Sumber: Threads
The post Iqbal Zulkefli Kongsi Pengalaman Lari Rumah Ketika Ibu Bapa Mahu Bercerai – ‘Sewa Dapur Yang Dijadikan Bilik, Tidur Atas Lantai’ first appeared on OHBULAN!.





