Pelakon Datin Intan Najuwa memohon pertolongan orang ramai untuk berkongsi maklumat tentang kucingnya yang hilang sejak dua hari lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Menjadi Ibu Bapamu Adalah Penghormatan Terbesar Kami’ – Intan Najuwa Sebak, Puteri Sulung Kini Genap Setahun
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa Adalah Kebahagiaan Sebenar Saya’ – Intan Najuwa
Kucing hilang

Menerusi perkongsian di Threads, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, memuat naik foto dan info mengenai kucing kesayangannya itu.
Tolong, saya sudah dua malam menangis macam orang gila cari budak (kucing) ini.
Sesiapa yang ternampak kucing saya di luar, tolong maklumkan kepada saya.
Area taman U-Thant, tak pasti dia dah sesat ke arah mana.
Menurut Intan, dia akan memberikan ganjaran terhadap mana-mana individu yang dapat mengembalikan kucing berkenaan kepadanya.
Saya minta tolong sangat, nanti saya akan bagi ganjaran.
Sesiapa yang nampak budak Ocot ini, dm (direct message) saya. Saya amat menghargainya!
Tips dari netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi pelbagai tips untuk mencari kucing yang hilang.
Sementara itu, terdapat juga warganet yang tinggal di kawasan sama turut berusaha mencari kucing tersebut.
Sumber: Threads Intan Najuwa
The post Intan Najuwa Mohon Bantuan Orang Ramai Cari Kucing Hilang – ‘Kalau Ternampak Beritahu, Nanti Saya Bagi Reward’ first appeared on OHBULAN!.





