30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Jaja Ishak Simpati Dengan Nasib Mia Sara Nasuha – ‘Pengarah Perlu Beri Peluang, Dia Ada Kelebihan’

    Shopee Sale

    Penerbit, Jaja Ishak meluahkan rasa simpati terhadap situasi menimpa Mia Sara Nasuha, susulan luahan pelakon itu yang kecewa apabila masih kerap ditawarkan watak kanak-kanak walaupun usianya kini sudah mencecah 21 tahun.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jaja Ishak Terkejut Lagu ‘Hati Yang Dikecewa’ Cecah Lebih 500K Tontonan, Tegas Tak Pernah Tumpang Populariti Ina Naim

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jaja Ishak Syukur Terima Anugerah Khas Usahawan Wakaf MARA Madani, Sentiasa Pegang Pesanan Ibu Bapa Untuk Terus Memberi

    Beri peluang

    Menurut Jaja, pengkarya khususnya pengarah dan penerbit wajar membuka ruang kepada Mia untuk membuktikan keupayaannya membawakan watak yang lebih matang dan bersesuaian dengan peringkat usia semasanya.

    Sebagai pengarah dan penerbit perlu terus memberi peluang kepada pelakon. Saya sendiri bersimpati dengan isu melibatkan Mia Sara ini. Tidak dinafikan, dia ada kelebihan kerana sudah lama berada dalam industri sejak kecil.

    Namun, apabila seseorang pelakon itu meningkat ke fasa remaja dan dewasa, sudah tentu boleh bagi watak-watak yang lebih matang juga boleh diketengahkan.

    Pada pandangan saya, dia (Mia) cuma perlukan sedikit ‘push’, sama ada daripada pihak pengurusan artis atau pengurusnya sendiri, untuk lebih aktif melakukan promosi dan kerja-kerja PR.

    Tambah Jaja, imej Mia yang terlalu sinonim dengan watak kanak-kanak mungkin menyebabkan ramai dalam industri terlupa bahawa pelakon itu kini sudah dewasa.

    Kadang-kadang, kerana terlalu lama membawakan watak kanak-kanak, orang jadi ‘terperangkap’ dengan imej itu. Situasi ini sebenarnya pernah berlaku kepada beberapa pelakon lain juga.

    Contohnya seperti Syafie Naswip yang bermula sebagai pelakon cilik, tetapi berjaya membawa dirinya ke peringkat remaja dan dewasa, seterusnya terus mendapat watak-watak penting dalam industri.

    Dalam masa sama, Jaja berpendapat Mia perlu lebih proaktif mengikuti perkembangan semasa serta memastikan kehadirannya dalam industri terus mendapat perhatian umum.

    Saya rasa Mia juga perlu sentiasa ‘update’ orang ramai tentang apa yang dia buat sekarang. Sama ada masih aktif berlakon, terlibat dalam dunia peragaan atau apa sahaja yang berkaitan seni, itu tidak menjadi masalah.

    Yang penting, orang tahu dia masih aktif dan wujud dalam industri. Media sosial memainkan peranan besar sekarang. Kalau kita terlalu selesa, kadang-kadang kita terlupa untuk berkongsi perkembangan diri.

    Bercerita lanjut, penerbit drama Aku Dahlia itu tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan Mia pada masa akan datang sekiranya terdapat watak yang bersesuaian.

    Bagi saya sendiri, kalau ada watak yang sesuai, saya sangat terbuka untuk mengambil pelakon yang berkualiti. Cuma belum ada rezeki dan kesempatan lagi.

    Insya-Allah pada masa akan datang. Kalau ada peluang, tidak mustahil untuk memanggil Mia datang ke produksi Jaja Ishak Channel.

    The post [VIDEO] Jaja Ishak Simpati Dengan Nasib Mia Sara Nasuha – ‘Pengarah Perlu Beri Peluang, Dia Ada Kelebihan’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Kieda Crepe Mohon Maaf ‘Ciplak’ Logo Elephant Army – ‘Kami Tanggung Rugi, Kami Tak Makan Duit Haram’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah