
Ingin membalas jasa sahabat yang sanggup susah senang bersama, pempengaruh media sosial dikenali sebagai Faiz Aizif menghadiahkan sebuah kereta kepada rakan baiknya.
Susah senang bersama

Mengimbau kembali kepayahan hidup dialami, Faiz atau nama lengkap Muhammad Faiz Basirun, 23, berkata, dia dan sahabatnya yang bernama Azrul itu pernah berkongsi duit untuk membeli makanan.
Malah, mereka pernah menjalankan perniagaan kecil bersama demi mencari sumber pendapatan.
Banyak kenangan bersama. Dulu, saya hidup sangat susah, sampaikan nak makan pun tak cukup duit dan dia pernah belikan makanan untuk saya.
Saya pernah ada masalah keluarga dulu, dia tumpangkan rumahnya. Atuk dia jaga saya macam cucu kandung.
Masa susah, kami sampai tahap kongsi duit sebab nak beli nasi tapau dan makan bersama. Kami pernah juga berniaga tepi jalan sebab nak survive hidup zaman sekolah.
Dia pun tidak senang mana, tetapi setiap tahun waktu birthday saya, dia selalu bagi hadiah.
Faiz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok miliknya.
Tak pandang harta

Tidak akan lupa segala kenangan bersama, Faiz yang juga usahawan berkata, sahabatnya itu tidak memandang harta dan sudi meminjamkan wang sewaktu dia susah.
Kenangan tak boleh lupa. Kami berniaga pulut sotong terpaksa COD makanan naik moto buruk.
Dia tak pernah pandang harta. Naik moto buruk pun dia sanggup dan tak malu walaupun kawan lain pernah kutuk dia sebab berkawan dengan saya.
Dia tak pernah berkira, pinjamkan duit sebab tau faiz tkdak duit nak makan dulu.
Rezeki lebih

Justeru, kata Faiz. apabila kini mempunyai rezeki lebih dan hidup senang, dia ingin membalas segala kebaikan yang pernah dilakukan oleh Azrul.
Dulu saya miskin, duit pun tiada nak balas kebaikan dia. Walaupun saya susah, dia tidak pernah tinggalkan saya meskipun ada kawan lain yang tak mahu lagi berkawan.
Sebab itu, sekarang ada rezeki dan duit lebih saya mahu balas. Dia sekarang bekerja dengan saya.
Pernah dia cakap “aku kerja dengan hang tak ada gaji pun tak apa, aku nak bersahabat dengan kau sampai sampai bila-bila”.





