Seorang individu memuji personaliti pelakon Sweet Qismina yang disifatkan tidak sombong dan rajin melayani peminat.
Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Harap Banyak Perkongsian Ilmiah Sepanjang Bulan Ramadan – ‘Tidak Mahu Gosip’
Artikel Berkaitan: Individu Kongsi Kemuliaan Hati Sweet Qismina – ‘Ketika PKP Abah Kena Strok, Dia Beri Sumbangan’
Tak sombong

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu tersebut dilihat bertemu bintang utama filem Babah itu di sebuah pusat beli-belah.
Dalam hantaran yang sama, Sweet atau nama penuhnya Farhanna Qismina Supandi dilihat mesra melayani peminatnya.
Sebelum ini baca dekat media sosial saja orang cakap Sweet baik.
Tapi akhirnya jumpa depan-depan memang sangat baik dan tak sombong.
Cantik dah sweet sangat orangnya.
Pengalaman jumpa Sweet




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman berjumpa isteri kepada pelakon Adam Lee itu yang disifatkan sebagai seorang yang pemurah dengan senyuman.
Sumber: Threads @cintaqielaa
The post Individu Puji Perwatakan Sweet Qismina Baik & Tak Sombong – ‘Sangat Hargai Peminat’ first appeared on OHBULAN!.





