26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Impian Aizat Saha Menjadi Pelakon Terwujud, Bersyukur Dapat Membintangi Drama ‘Racun Rihana’

    Shopee Sale



    Aizat Saha

    Pempengaruh dan pelakon baharu, Aizat Saha meluahkan rasa syukur apabila diberikan peluang untuk membuat kemunculan pertama menerusi drama berjudul Racun Rihana.

    Impian muncul di TV

    Aizat Saha

    Aizat yang membawakan watak bernama Ray dalam drama tersebut berkata, dia tidak berfikir panjang dan terus bersetuju ketika ‘dilamar’ oleh rumah produksi Zeel Production.

    Malah, dia menganggap peluang yang diberikan kepadanya itu seperti mimpi menjadi realiti.

    Saya amat bersyukur dan menganggap rezeki ini datang atas hasil doa saya dan juga
    orang-orang terdekat. Saya mengimpikan untuk berada di kaca TV dari dahulu lagi.

    Saya mengikuti setiap yang dinasihatkan dengan bermula dari biasa dahulu seperti melakonkan watak di TVC (iklan) dan menjadi pelakon tambahan.

    Perkara begini mengajar saya sedikit sebanyak tentang cara hidup dalam industri hiburan.

    Melanjutkan bicara, bekas pramugara itu berharap orang ramai dapat menyambut baik kehadirannya dalam dunia lakonan.

    Saya mengikuti setiap yang dinasihatkan dengan mula dari biasa dahulu seperti melakonkan watak di TVC (iklan) dan menjadi pelakon tambahan. Perkara begini mengajar saya
    sedikit sebanyak tentang cara hidup dalam industri hiburan.

    Doa saya agar orang ramai terus menyokong karier saya sebagai anak seni dan saya juga akan terus menghasilkan karya yang terbaik.

    Drama Racun Rihana dibarisi pelakon Datin Intan Najuwa, Rita Rudaini, Azah Aziz, Jasmine Suraya sebagai tunggak utama dan turut dibintangi beberapa pelakon lain.

    MENARIK:  Tiga Saluran Darah Utama Pada Jantung Tersumbat, Ayah Dr Say Selamat Jalani Prosedur Letak Stent & Belon

    Drama tersebut sudah mula ditayangkan sejak 30 April lalu di TV3, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah