28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ifan Seventeen Syukur Terima Banyak Undangan Di Malaysia

    Shopee Sale



    Penyanyi dari Indonesia, Ifan Seventeen meluahkan rasa syukur kerana sering menerima undangan di Malaysia sejak kebelakangan ini.

    Hadir majlis Jimmy Choo dan Rafflesia

    Menerusi temu bual bersama , Ifan berkata, sejak dua menjak ini dia perlu ulang alik dari Indonesia ke Malaysia bagi memenuhi jemputan untuk melakukan persembahan dan memeriahkan beberapa majlis tertutup.

    Menurut Ifan, dia baru sahaja dijemput untuk menghadiri majlis ulang tahun kelahiran Prof.Datuk Jimmy Choo dan Rafflesia di Kuala Lumpur.

    Alhamdulliah, saya gembira apabila dijemput datang ke Malaysia bagi memeriahkan majlis seperti ini. Ini merupakan majlis yang sangat besar dan saya teruja apabila dapat berjumpa ramai selebriti dan penyanyi dari Malaysia.

    Semua baik-baik dan sangat peramah. Bahkan, suara mereka juga sangat sedap. Saya berpeluang untuk bersembang dengan Azharina, Bella Astillah dan beberapa pelakon baru sewaktu makan tengah hari.

    Ifan yang sentiasa ditemani isteri tercinta iaitu Citra Monica, turut meluahkan rasa gembira dan berterima kasih kepada pereka fesyen kesayangannya iaitu Razman Razmi kerana sentiasa menyediakan suit dan texido yang cantik buatnya sepanjang menghadiri majlis di Kuala Lumpur selama ini.

    Di sini (Malaysia) saya ada abang Razman Razmi yang akan menyediakan busana buat saya. Boleh dikatakan semua baju saya di sini mereka yang buatkan. Mereka dah macam sebahagian daripada team saya dan beberapa penyanyi Indonesia yang lain. Jadi, kami tidak perlu risau mengenai baju. Semua abang-abang saya yang siapkan.

    Berbicara mengenai perkembangan karier, Ifan secara ringkas menjawab dia mempunyai beberapa perancangan dalam masa terdekat dan akan mendedahkannya tidak lama lagi.

    MENARIK:  Sal Priadi Berjaya Tawan Emosi Peminat Di Kuala Lumpur

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah