26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 14, 2024
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Identiti Anggota Polis Sudah Dikenal Pasti, Diskaun Saman Diberi kepada Warga Asing

    Shopee Sale



    Polis Perak mengesahkan pihak mereka sudah pun berjaya mengenal pasti identiti anggotanya yang didakwa meminta wang sebanyak RM100 daripada pasangan pelancong United Kingdom (UK) bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik beberapa hari lalu.

    Siaran media akan dilakukan

    Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, maklumat lanjut mengenai isu tersebut akan dimaklumkannya menerusi satu siaran media yang bakal diadakan dalam waktu terdekat.

    Kami sudah (kenal pasti). Nanti saya berikan siaran media.

    Mohd Yusri turut mendedahkan bahawa pasangan pelancong UK berkenaan bersedia untuk memberikan kerjasama terhadap siasatan kes itu.

    Terdahulu, tular satu video memaparkan kejadian anggota polis yang didakwa menawarkan diskaun saman trafik bagi kesalahan memandu melebihi had laju kepada pasangan warga UK berkenaan.

    Pasangan UK tersebut didakwa memandu selaju 80 kilometer sejam (km/j) dan melebihi had laju ditetapkan di laluan tersebut iaitu 60 km/j.

    MENARIK:  CU Mart Dah Ada Kat Jengka? Kami Kongsikan Antara Makanan Yang Korang Boleh Cuba!

    Walau bagaimanapun, anggota polis berkenaan kemudiannya menawarkan ‘diskaun’ saman daripada RM300 menjadi RM100, jika pasangan UK tersebut membayar terus kepadanya perlu membayar di balai polis.

    Kejadian tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah