25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jofliam Nafi Culas Bayar Cukai, Pesan Jangan Kira Duit Masuk Sahaja – ‘Saya Adalah Manusia Berpatriotik’

    Shopee Sale



    Pempengaruh dan usahawan sensasi, Jofliam menafikan dirinya culas membayar cukai selepas bekas isterinya, Cik Epal meminta pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat perniagaannya iaitu Pizza Wagyu Jofliam.

    Nafi culas bayar cukai

    Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story (IG Story), Jofliam atau nama sebenarnya Jofli Abu Bakar menegaskan bahawa dia tidak pernah lari daripada membayar cukai malah telah menyelesaikan segala cukai sejak tahun 2020.

    Saya tak pernah lari dari cukai dan saya dah selesaikan cukai dari tahun 2022, 2021, 2020 dan ke bawah.

    (Cukai) 2024 perlu diselesaikan pada tahun 2024 dan 2024 pun belum habis guys.

    Pengiraan masih berjalan sebab perniagaan adalah berdasarkan ‘event’. Jangan kira duit masuk sahaja tapi kira juga duit yang keluar.

    Tambah Jofliam yang berbangga menjadi anak Malaysia, dia akan menjelaskan segala urusan mengenai cukai pada esok hari.

    Esok (Rabu) saya akan ke pejabat ‘secretary’ saya untuk menjelaskan situasi yang tak betul.

    Saya adalah manusia berpatriotik dan berbangga menjadi anak Malaysia.

    Kongsi resit perbelanjaan

    Menerusi satu hantaran lain, Jofliam turut berkongsi resit perbelanjaan sepanjang dirinya melakukan perniagaan pizza termasuk gaji pekerja dan sebagainya.

    MENARIK:  Zahiril Adzim Menyukai Mendengar Gamelan dan Minat Terhadap Muzik Tradisional yang Kuat – 'Sensation Dia Menyentuh Hati Kita'

    Terdahulu, Cik Epal mencuri perhatian apabila menggesa pihak LHDN menyiasat perniagaan Jofliam dan mendakwa  keuntungan yang diterima bekas suaminya sepanjang berbisnes adalah sekitar RM600,000 sebulan.

    Cik Epal juga mendakwa perniagaan Joflian hanya menggunakan cara pembayaran secara tunai (cash only).

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah