27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Selepas GV, Jemputan Jadi Double’ – Ronnie Hussein

    Shopee Sale

    Penyanyi, Ronnie Hussein meluahkan rasa syukur apabila karier solonya kembali memuncak dan menerima banyak jemputan selepas menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV).

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ronnie Hussein Tolak Dakwaan Keluar Hyper Act Kerana Gaduh

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jual Nasi Goreng Di Bazar Ramadan, Nyanyian Spontan Ronnie Hussein Dekat Pelanggan Tarik Perhatian

    Dua kali ganda

    Ketika ditemui , pemilik nama Shahron Hussein, 44, berkata jemputan itu meningkat sebanyak dua kali ganda selepas kemunculannya di program tersebut.

    Daripada segi undangan persembahan memang sangat drastik.

    Sebelum GV masih okay tetapi selepas program tersebut saya boleh katakan progres itu lebih nampak.

    Contoh dalam sebulan saya buat lapan persembahan, selepas GV jemputan itu bertambah jadi ‘double’.

    Setiap tahun kalau bulan puasa, saya akan berniaga di bazaar ramadan tetapi tahun ini saya tidak berniaga sebab saya sibuk dengan jemputan.

    Alhamdulillah. Saya pun tidak sangka (banyak jemputan) sebelum dan selepas raya.

    Menceritakan mengenai karyanya sebagai penyanyi solo, Ronnie berkata masih ada yang mahu melamarnya untuk menghasilkan single namun dia mahu menunggu terlebih dahulu.

    Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Nak kata rancak tidak juga.

    Saya sekarang masih lagi memilih (lagu). Kalau ikutkan lagu single terakhir saya sebelum masuk GV bulan 10 tahun lalu.

    Lagu itu untuk soundtrack drama dan saya rasa masih terlalu baru lagi.

    Lagu tersebut keluar ketika saya masih dalam GV jadi agak terbantut sikit promosinya.

    The post ‘Selepas GV, Jemputan Jadi Double’ – Ronnie Hussein first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  [VIDEO] Fizi Ali Menangis Kerana Merindui Ameena, Sudah 2 Bulan Tak Bertemu – ‘Anak Layak Mendapat Kasih Sayang Sama Rata’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah