34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hukum Lelaki Memakai Gelang Tangan

    Shopee Sale

    Dalam Islam, hukum lelaki memakai gelang adalah haram, kerana ianya tergolong sebagai perhiasan yang dikhususkan untuk wanita, sama seperti rantai dan subang.

    Artikel Berkaitan: Letak Yasin Bawah Bantal Sebab Takut Gangguan Jin? Ini Penjelasan Hukum Yang Anda Perlu Tahu

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Perintah Mahkamah Tak Boleh Tarik Balik Mutaah Ikut Suka’ – Peguam

    Gelang adalah perhiasan wanita

    Lelaki yang memakai gelang, walaupun bukan diperbuat daripada emas, ianya dianggap seperti menyerupai wanita, dan perbuatan menyerupai jantina lain dilarang dengan tegas dalam Islam.

    Larangan ini termasuk dalam kategori dosa besar.

    Rasulullah S.A.W. bersabda melalui hadis Ibnu ‘Abbas bahawa Baginda melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.

    Rasulullah S.A.W. melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.

    Lafaz laknat tersebut membawa makna, dijauhkan daripada rahmat, taufik dan hidayah Allah.

    Bercanggah dengan sifat seorang lelaki Muslim

    Larangan ini turut merangkumi bagi majlis perkahwinan, pengantin lelaki tetap tidak dibenarkan memakai gelang atau rantai sebagai aksesori perkahwinan walaupun ianya diperbuat daripada bahan selain emas.

    Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari menegaskan bahawa perbuatan sedemikian bukan sahaja menyerupai kaum perempuan, malah bercanggah dengan sifat keperkasaan dan kewibawaan seorang lelaki Muslim.

    Dan bagi kaum lelaki (dibolehkan) memakai cincin perak kerana mengikut sunnah dan ijma‘ (keharusannya).

    Bahkan disunatkan bagi kaum lelaki (memakai cincin perak), bukan memakai gelang dan yang seumpamannya seperti dumluj (gelang yang dipakai di antara siku dengan bahu) dan kalung (rantai).

    Tidak halal bagi kaum lelaki (memakainya) sekalipun daripada perak, kerana padanya ciri kewanitaan yang tidak layak dengan keperkasaan (kelakian) orang-orang lelaki.

    Sekiranya pemakaian gelang untuk tujuan rawatan dan berfungsi sebagai medium perubatan, ia dibenarkan atas dasar keperluan dengan syarat tiada alternatif lain yang mampu menggantikan peranannya.

    MENARIK:  [VIDEO] Kamal Adli Nafi Rumah Tangga Bergolak – ‘Kalau Bergaduh Tu Biasalah, Perempuan Emosi..’

    Sehubungan itu, Imam ar-Ramli rahimahullah menyatakan bahawa perkara tersebut boleh dianggap sebagai satu bentuk keuzuran, sepertimana lelaki dibenarkan memakai inai atas alasan keuzuran.

    Maka haram berinai ke atas keduanya (orang lelaki dan khuntsa, orang yang mempunyai dua jantina) kecuali kerana ada keuzuran.

    Dalam masa yang sama, niat pemakaiannya bukan bertujuan bergaya, menunjuk-nunjuk atau mengikut trend.

    Jika niat tersebut menyimpang daripada tujuan perubatan, maka pemakaian gelang itu kembali kepada hukum asalnya, iaitu haram dan berdosa.

    Sumber: Media Permata

    The post Hukum Lelaki Memakai Gelang Tangan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah