29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hisyam Hamid Nafi Bercinta Dengan Penerbit, Tak Terdesak Cari Pengganti – ‘Anak-Anak Tak Nak Mama Baru’

    Shopee Sale



    Pelakon Hisyam Hamid akhirnya tampil bersuara menafikan dakwaan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan seorang penerbit.

    Nafi bercinta dengan penerbit

    Ketika ditemui , Hisyam atau nama lengkapnya Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 40, sebaliknya menjelaskan bahawa hubungannya dengan wanita tersebut hanya sekadar kawan.

    Ia tidak benar. Saya rasa, itu (gosip) adalah perkara yang datang secara semula jadi dengan status saya sekarang.

    Sebab dulu kalau pergi mana-mana saya akan bawa isteri tapi sebab rasa selamat dan orang pun tak boleh nak cakap apa-apa. Jadi bila sekarang saya seorang diri dan ada yang ingat rapat dengan seseorang tu, mereka anggap kami ada hubungan.

    Kami memang dari dulu rapat, masa saya masih dengan isteri dulu pun. Hubungan kami terbatas sebagai kawan sahaja.

    Jelas pelakon drama My Lovely Driver ini lagi, selain sibuk bekerja, dia kini selesa dengan kehidupannya bersama anak-anak.

    Buat masa ini saya selesa dengan kehidupan saya daripada setahun lalu. Anak-anak pun cakap mereka tak nak mama baru. Mereka adalah keutamaan saya.

    Walau bagaimapun, Hisyam berkata dia tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi seandainya bertemu jodoh, kelak.

    Kalau ada jodoh, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun, saya bersyukur dan okay sahaja. Jauh sekali daripada terdesak.

    Pada Mei tahun lalu, Hisyam mengumumkan mengenai perceraiannya dengan bekas isteri, Rosmawati Hanafi selepas mendirikan rumah tangga pada 2006.

    MENARIK:  Watie excitedly welcomes Ramadan as a wife and mother for the first time - 'Returning to the village to cook Banjar dishes'

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nurish Syameliah, 18; dan Haydeen, 16.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah