28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hidup Zaman Moden, Alya Iman Tak Percaya Susuk – ‘Aura Menarik Datang Daripada Diri Sendiri’

    Shopee Sale

    Pelakon, Alya Iman menegaskan dirinya tidak mempercayai amalan mistik seperti susuk yang sering dikaitkan dengan kecantikan serta aura luar biasa.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Rasa Diri Ini Cantik’ – Sarimah Ibrahim

    Aura semula jadi

    Alya atau nama penuhnya Nur Alya Iman Azmil, 25, berkata kepercayaan terhadap perkara tersebut tidak selari dengan prinsip dirinya, apatah lagi dalam dunia moden.

    Tentang perkara seperti susuk yang kononnya boleh mencantikkan, lebih-lebih lagi dalam zaman moden ini, saya secara peribadi tidak percaya.

    Memang kita tahu dalam budaya Melayu ada perkara-perkara sebegitu, tetapi saya tidak percaya untuk menggunakan susuk semata-mata untuk kelihatan cantik atau supaya orang suka kita.

    Saya percaya, apa sahaja yang kita lakukan akan kembali semula kepada kita.

    Alya berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Pewaris Susuk yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

    Mengulas lanjut, Alya berkata sepanjang pembabitannya dalam industri seni, dia tidak pernah didedahkan atau ditawarkan dengan perkara berkaitan amalan syirik tersebut.

    Sebaliknya Alya percaya, aura semula jadi yang lahir dari dalam diri seseorang jauh lebih berkesan dan membantu memberi pesona luar biasa.

    Setakat ini, tidak pernah ada sesiapa yang datang mencadangkan perkara seperti itu kepada saya. Tiada juga kenalan atau kawan-kawan yang berkongsi pengalaman menggunakan perkara sebegitu.

    Bagi saya, kalau nak ada ‘seri’ atau aura yang menarik, itu datang daripada diri sendiri. Saya lebih percaya kepada tenaga.

    Saya percaya, jika kita mahu tenaga yang baik, kita perlu kelilingi diri dengan perkara dan orang yang positif. Jika kita dikelilingi tenaga yang negatif, perkara negatif juga akan datang kepada kita.

    Tenaga itu sangat penting, daripada cara kita bawa diri, kepada siapa kita berkawan. Bila kita ada tenaga yang baik, perkara baik juga akan datang.

    Filem Pewaris Susuk merupakan naskhah bergenre seram thriller arahan Faizal Nadxaman dan telah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 30 April lalu.

    MENARIK:  Wall’s Sebarkan Kegembiraan Dengan Pemberian Aiskrim Percuma Di Seluruh Negeri!

    Selain Alya, filem terbitan Primeworks Studios dan Anomali Media itu turut dibintangi barisan pelakon terkenal seperti Rosyam Nor, Sarimah Ibrahim, Trisha Ooi, Sherie Merlis dan Dayang Fajra.

    The post Hidup Zaman Moden, Alya Iman Tak Percaya Susuk – ‘Aura Menarik Datang Daripada Diri Sendiri’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah