30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hidung Berair & Mata Gatal? Ketahui Kaedah Rawatan Berkesan Untuk Masalah Resdung

    Shopee Sale

    Resdung, atau sinusitis kronik, ialah keadaan di mana rongga sinus di muka mengalami keradangan dan bengkak.

    Artikel Berkaitan: Panduan Rawatan Ulser Mulut: Cara Berkesan Mengurangkan Radang & Pedih

    Artikel Berkaitan: Keracunan Makanan: Ketahui Gejala, Punca & Rawatan

    Dua jenis resdung

    Ia bukan sekadar masalah hidung tersumbat atau bersin biasa, tetapi boleh menjejaskan kualiti hidup dengan menyebabkan sakit muka, hidung berair, gatal di mata dan hidung, serta keletihan berpanjangan.

    Secara umumnya, resdung dibahagikan kepada dua jenis iaitu bermusim dan berpanjangan.

    Resdung bermusim biasanya berlaku pada musim bunga, musim panas atau awal musim gugur dan berpunca daripada tindak balas alahan terhadap debunga pokok, rumput, atau spora yang tersebar di udara.

    Manakala resdung berpanjangan pula berlaku sepanjang tahun akibat pendedahan yang berterusan kepada hama debu, bulu haiwan peliharaan, kulat, atau faktor bukan alahan seperti asap rokok, minyak wangi, dan bau yang kuat.

    Apabila tubuh menghadapi alergen, ia menghasilkan histamin iaitu sejenis bahan kimia semula jadi yang membantu melindungi badan daripada bahan asing.

    Cara atasi

    Rawatan resdung boleh dilakukan melalui ubat-ubatan, penjagaan di rumah, dan kaedah alternatif.

    MENARIK:  [VIDEO] Atikah Suhaime Ambil Pakej Berpantang 28 Hari, Netizen Pula Tak Senang Duduk – ‘Kena Percaya Pantang Tradisional Memang Menjadi’

    Antihistamin membantu mengawal gejala dengan menghalang penghasilan histamin. Antara yang selalu digunakan termasuk fexofenadine, loratadine, desloratadine, cetirizine, diphenhydramine, dan levocetirizine.

    Sebelum mengambil sebarang ubat, dapatkan rundingan dengan doktor untuk memastikan keselamatan dan keserasian dengan rawatan lain.

    Selain itu, decongestant boleh digunakan untuk melegakan hidung tersumbat dan tekanan sinus dalam tempoh yang singkat, biasanya tidak melebihi tiga hari.

    Namun, penggunaannya yang berlebihan boleh menyebabkan rebound effect, di mana gejala akan bertambah teruk selepas rawatan dihentikan.

    Bagi individu yang mempunyai masalah jantung, tekanan darah tinggi, strok, gangguan tidur, atau masalah pundi kencing, nasihat doktor perlu dituruti sebelum menggunakannya.

    Ubat titis mata dan semburan hidung juga boleh melegakan gatal dan simptom alahan lain, tetapi penggunaan jangka panjang perlu dielakkan.

    Sebaliknya, semburan hidung berasaskan kortikosteroid selamat dan berkesan mengurangkan keradangan serta tindak balas imun.

    Sumber: Doctor On Call

    The post Hidung Berair & Mata Gatal? Ketahui Kaedah Rawatan Berkesan Untuk Masalah Resdung first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah