27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Harith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Isu Komen ‘Ham’ Persenda Nabi

    Shopee Sale



    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil pelawak Harith Iskander bagi mendapatkan perincian berhubung didakwa telah menjadikan agama sebagai bahan jenaka.

    Jakim akan panggil Harith Iskander

    Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), Ketua Pengarah Jakim iaitu Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan dan tindakan lanjut berhubung isu terbabit yang secara tidak langsung telah menimbulkan keresahan umat Islam.

    Difahamkan, Jakim juga telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan sekatan akaun dan menurunkan kandungan tersebut.

    Semua pihak diminta bertenang dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

    Jakim tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang tindakan yang mempersendakan ajaran Islam dan menyinggung sensitiviti umat Islam serta menyeru semua pihak mengamalkan sifat hormat dan bertoleransi dalam kehidupan bermasyarakat.

    Pada minggu lalu, Harith berjenaka menyatakan ‘iman tergugat’ apabila dia mempertimbangkan untuk menikmati ‘Ham Sap Kopi’.

    MENARIK:  Watie Mohon Maaf Samakan Uwais Dengan ‘Orang Asli’, Tiada Niat Menghina Kaum Lain

    Harith membuat jenaka itu di tengah-tengah kontroversi sandwic ‘ham & cheese’ yang didakwa tidak mempunyai perakuan halal dengan produk tersebut dijual di kedai serbaneka di Universiti Malaya

    Pada 20 Januari lalu, selebriti Shahrol Shiro membuat laporan polis berkait hantaran media sosial dimuat naik Harith.

    Laporan itu turut menyebut aduan terhadap seorang individu lain dikenali sebagai Cecelia Yap Song KL, yang didakwa meninggalkan komen yang dianggap menghina Islam dan mempermainkan nama Nabi Muhammad SAW.

    Shahrol menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera terhadap kedua-dua pihak, menyatakan bahawa sensitiviti agama harus dihormati dan tidak boleh dijadikan bahan jenaka.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah