Pempengaruh dan ikon permotoran, Haqiem Stopa sekali lagi menjadi tumpuan apabila memuat naik video ‘throwback’ bersama isterinya, Aireena Sofia.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tiada Apa-Apa Alasan, Tak Nak Bercerita Isu Rumah Tangga Di Media Sosial’ – Haqiem Stopa
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Tahu Apa Lagi Tak Cukup, Saya Dah Lahirkan Anak Awak & Jaga Awak’ – Isteri Haqiem Stopa
Haqiem Stopa minta maaf
Menerusi video yang dikongsikan, memaparkan momen Haqiem meletakkan kepalanya di bahu isteri sambil menutup wajahnya dengan tangan seolah-olah sedang menahan sebak. Aireena kemudian dilihat mengusap lembut bahu suaminya itu.
Menurut Haqiem, perkongsian video itu bukanlah bertujuan untuk meraih perhatian ramai sebaliknya hanya disimpan untuk kegunaan peribadinya.
Video ini bukan untuk tujuan kandungan atau menarik perhatian orang lain. Saya simpan video ini di sini untuk diri saya sendiri.
Bagaimanapun apa yang menyorot perhatian ramai adalah tanda pagar ‘I Am Sorry To My Wife’ yang ditulis oleh Haqiem seolah memberi bayangan penyesalan atas isu yang melanda rumah tangga mereka.
Saya minta maaf kepada isteri saya.
Terdahulu, timbul dakwaan rumah tangga pasangan itu dikatakan sedang dilanda masalah.
Aireena kemudian mendakwa suaminya itu berlaku curang beberapa kali sepanjang perkahwinan mereka.
Bagaimanapun, pemilik nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut.
Sekadar info, Haqiem Stopa dan Aireena Sofia mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Hud yang kini berusia tiga bulan.
Sumber: TikTok Haqiem Stopa
The post Haqiem Stopa ‘Throwback’ Video Romantis Dengan Isteri, Hashtag ‘I Am Sorry To My Wife’ Sorot Perhatian first appeared on OHBULAN!.




#imsorrytomywife 

