33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hanya 12 Peserta Bakal Terpilih, Calpis Soda One In A Million Umum Top 100 Yang Lolos Uji Bakat

    Shopee Sale



    Program nyanyian paling ikonik di Malaysia iaitu Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) kini kembali selepas 15 tahun dan bakal mengubat rindu para peminat.

    Top 100 bakal berentap

    Selepas selesai sesi uji bakat di tujuh buah lokasi dan platform atas talian, Calpis Soda One In A Million 2024 (CSOIAM) kini mengumumkan 100 peserta yang terbaik yang telah berjaya lolos di sesi uji bakat.

    Menerusi satu sesi sidang media yang diadakan di Jio Space, Petaling Jaya, kesemua 100 peserta diperkenalkan dan kini, mereka akan bersaing berhabis-habisan kerana hanya 12 peserta terbaik dipilih untuk berentap dalam CSOIAM yang bakal bersiaran secara langsung di TV3 nanti.

    Akan mula ditayangkan pada 22 Disember 2024, program CSOIAM kali ini dibawakan khas oleh penaja utama Calpis dan rakan penaja iaitu Peugeot, Oppo dan Yes5G.

    Bagi musim terbaharu, program CSIOAM bakal menggandingkan Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy sebagai hos program manakala menampilkan gandingan Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan sebagai juri tetap.

    Untuk format program, para peserta bakal berentap selama tujuh minggu melangkah ke peringkat akhir pada minggu kelapan.

    Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri (60%) dan undian daripada penonton (40%).

    Rakan Penaja, Promosi dan Hadiah Mingguan Menarik!

    Untuk edisi kali ini, juara CSOIAM bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000, sebuah kereta jenis Peugeot 408 GT dan kontrak rakaman bernilai RM400,000.

    Lebih teruja, hadiah lumayan juga bukan sahaja menanti peserta namun para penonton turut berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan.

    Rakan penaja iaitu jenama kenderaan antarabangsa, Peugeot bakal menghadiahkan kereta jenis Peugeot Landtrek pada setiap minggu buat tujuh penonton bertuah.

    MENARIK:  Ariz Lufias Selesa Melancong Ke Korea, Dedah Kos Perbelanjaan – ‘Jumlah Hampir Sebulan Di Sini Lebih RM25k’

    Menurut Pengarah Urusan Stellantis Malaysia iaitu Tuan Jamie Francis Morais, hadiah tersebut adalah sebagai tanda keterujaan mereka menjadi penaja bersama Calpis bagi program CSOIAM.

    Peugeot Malaysia berasa amat teruja menjadi penaja hadiah mingguan dan hadiah utama untuk CSOIAM ia adalah sebuah platform yang memberi inspirasi kepada peserta untuk menembus sempadan dan mengejar impian mereka.

    Dengan tiga tonggak utama Allure, Emotion, dan Excellence, Peugeot Malaysia memberi sokongan penuh kepada kreativiti dan inovasi.

    Dua model ikonik mereka Peugeot Landtrek yang gagah dan serba boleh, direka untuk menakluk kedua-dua jalan bandar dan laluan luar jalan, serta Peugeot 408 GT yang anggun dan ikonik, adalah simbol semangat revolusi jenama ini dan falsafah ‘Bahasa Tarikan’ mereka.

    Kedua-duanya mendefinisikan keanggunan automotif dan pengembaraan sejati.

    Buat para peminat yang sudah lama menantikan program terulung ini, nantikan konsert minggu pertama CSOIAM yang bakal menggegarkan pentas hiburan dengan tenaga baharu, momen-momen indah, dan rasa keterujaan yang mendebarkan bermula 22 Disember ini.

    Ikuti @TV3Malaysia di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahan CSOIAM Rasai debaran dan nikmati gabungan hiburan terbaik serta  kesegaran yang tiada tandingan bersama Calpis Soda, soda susu kultur pilihan utama anda musim ini!

    Layari Facebook dan Instagram Calpis Soda sekarang untuk maklumat lanjut tentang promosi hebat dan peluang menyertai kejutan mingguan. 

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah