24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hanis Zalikha Syukur Dapat Hairul Azreen, Miliki Prinsip Hidup Sama – ‘Kami Sangat Gila Dalam Percintaan’

    Shopee Sale



    Pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha mendedahkan dia memilih aktor, Hairul Azreen sebagai pasangan hidup adalah kerana mempunyai matlamat hidup yang sama.

    Yakin pilih Hairul

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Hanis berkata dia yakin membuat keputusan itu selepas melihat mereka sehaluan bersama.

    Satu perkara yang akan sentiasa sama ialah prinsip hidup kami.

    Saya bersyukur ditemukan dengan lelaki yang tidak merokok, minum minuman alkohol, ambil dadah dan terlibat dengan duit haram.

    Kami memiliki pandangan hidup tentang kemurahan hati dan sifat empati.

    Pemilik nama Hanis Zalikha Zainal Rashid itu berkata demikian selepas menjawab soalan netizen berkaitan keyakinan dalam menjadikan Hairul sebagai pasangan hidup.

    Tergila-gila sesama sendiri

    Usahawa berusia 35 tahun itu juga berkata sebelum berkahwin dia memendam perasaan suka terhadap pelakon filem Wira itu.

    MENARIK:  [VIDEO] Keluarga Kongsi Perkembangan Terkini Fatimah The Family UK, Netizen Luah Rasa Lega – ‘I’m Crying, Selalu Tunggu Update’

    Mengulas lanjut, Hanis berkata rakan-rakannya turut menjadi saksi bagaimana mereka mencintai satu sama lain sehingga sekarang.

    Saya tak rasa ramai yang faham bagaimana saya menyimpan perasaan suka yang lama terhadap Hairul dan dia juga memberikan energy yang sama.

    Disebabkan itu, kami sangat dilamun cinta. Rakan-rakan pun melihat betapa gilanya kami terhadap satu sama lain.

    Untuk info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga Jun 2015.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata, Yusuf Iskandar, 9 dan Alisa Aisyah, 6.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah