Usahawan terkenal, Haliza Maysuri memberi respon terhadap warganet yang kurang senang dengan harga tudung yang dijualnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Diuji Dengan Sakit Yang Tiada Ubat Sejak 20 Tahun Lalu’ – Haliza Maysuri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haliza Maysuri Rebah Ketika Majlis Sambutan Ramadan – ‘Biarkan Allah Hukum & Balas Orang Yang Zalim Terhadap Kita’
Bukan hina
Menerusi hantaran di TikTok, Haliza berkata dia sama sekali tidak pernah berniat untuk menyindir mana-mana pihak ketika menyebut harga tudung yang menilai ribuan ringgit.
Saya sebut ‘RM5,700 je’ bukan nak hina orang yang kurang mampu. Saya bercakap pada target market saya.
Brand Haliza Maysuri ada telekung bernilai belasan ribu, malah puluhan ribu sehelai.
Saya sebut ‘je’ kerana itu cara saya memotivasikan diri dan orang lain bila kita fikir sesuatu yang mudah, ia akan jadi mudah.
Dalam masa yang sama, Haliza juga berharap warganet tidak bersifat buruk sangka terhadapnya yang hanya hanya mahu mempromosikan produk.
Kalau kita anggap mahal, ia akan rasa susah dicapai. Jadi jangan cepat buruk sangka, jangan berkecil hati.
Kalau bukan kemampuan kita, tak perlu rasa terbeban, tiada paksaan pun suruh beli.
Kecaman, tuduhan riak, menunjuk..semua itu saya sudah lali. Cukup-cukuplah ya.
Kalau berkenan, belilah hadiah untuk mak atau untuk diri sendiri.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong kenyataan Haliza, malah mereka juga berasa bangga dengan pencapaiannya sebagai seorang usahawan yang berjaya.
Sumber: TikTok Haliza Maysuri
The post Haliza Maysuri Tak Berniat Sindir Orang Tidak Berkemampuan – ‘Saya Sebut Harga Bukan Nak Hina, Jangan Cepat Buruk Sangka’ first appeared on OHBULAN!.





