Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip iaitu Fiona Safiyya akur dan menghormati keputusan yang ditetapkan suaminya untuk berhenti aktif dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Mohon Bincang Sebelum ‘Release’ Lagu, Titip Pesanan Buat Pendatang Baru – ‘Ada Yang Terlalu Yakin’
Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Kongsi Detik Awal Pengenalan, Dedah Arwah Ibu Jadi Pendorong Utama – ‘Fiona Tahu Nak Uruskan Saya’
Fokus rumah tangga

Ketika ditemui , Fiona yang berbangsa Bidayuh memaklumkan dirinya aktif bernyanyi di Sarawak dalam acara yang menjemputnya untuk membuat persembahan.
Namun, Fiona memilih untuk berehat seketika daripada dunia nyanyian selepas kembali berumah tangga, selain menghormati permintaan suaminya.
Saya menyanyi pun sebab dulu pernah menyertai salah satu program realiti, My Starz LG musim kedua disiarkan TV3 pada 2008. Sejak itu, saya aktif menyanyi di Sarawak.
Cuma, saya tidak buat album sahaja. Saya hanya aktif menyanyi dalam acara-acara hiburan dan majlis makan malam atas undangan.
Tapi sekarang, buat masa ini saya berehat dulu. Suami (Hafiz) pun cakap dia tidak benarkan. Jadi, saya hormati saja keputusan itu.
Fiona berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu Hafiz Suip berjudul Yang Engkau Mahukan yang diadakan di Hotel St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Syarat Hafiz Suip

Mengulas lanjut mengenai kerjaya isterinya, pelantun lagu Awan Nano itu memaklumkan dia masih memberi ruang buat Fiona untuk terus bernyanyi, namun terhad kepada projek atau kolaborasi bersamanya.
Isteri saya, Fiona dulu memang seorang penyanyi.
Tetapi sekarang apabila sudah bergelar suami isteri, dia tidak menyanyi dah. Saya tak izinkan. Tak bolehlah, biar saya seorang sahaja yang menyanyi.
Bagaimanapun kalau ada projek menyanyi atau lagu yang kami perlu bekerjasama, insya-Allah boleh.
Imbas kembali, Hafiz sah bergelar suami kepada Fiona dalam majlis yang berlangsung di sebuah dewan di Petrajaya Kuching pada 13 Februari.
Pada 13 Februari lalu, Hafiz kembali sah bergelar suami kepada Fiona dalam majlis yang berlangsung di sebuah dewan di Petrajaya Kuching.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Untuk rekod, Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan Nureffy Jasreel pada 2016 dan sah bercerai pada Mei tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 9 dan Muhammad Alkaf Zayne, 6.
Selain itu, Fiona yang berbangsa Bidayuh dilaporkan sah bercerai kira-kira lima tahun lalu bersama seorang lelaki berketurunan Cina dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
The post Hafiz Suip Tak Izin Isteri Kembali Bernyanyi – ‘Kalau Ada Projek Yang Kami Perlu Bekerjasama, Boleh’ first appeared on OHBULAN!.





