Memang meriah gila! Seramai 124 peserta melibatkan 31 pasukan daripada syarikat amanah saham, firma pengurusan aset, pemain industri, dan paling excited sekali, 6 pasukan media pun join sekali, memeriahkan Kejohanan Bowling Inter-Unit Amanah ke-23 anjuran PMB United, Kelab Sukan & Rekreasi di bawah Pelaburan MARA Berhad.
Bertempat di Wangsa Bowl, Wangsa Walk, event tahunan ni bukan sekadar tentang siapa paling power baling bola, tapi jadi platform untuk eratkan ukhwah, kenal rakan industri dan break sekejap dari rutin harian dalam suasana fun dan penuh semangat.
Lebih dari sekadar sukan, kukuhkan ukhwah dalam industri!
Majlis perasmian disempurnakan oleh En. Mohd Adzhar Abdul Hamed, Ketua Pegawai Operasi Pelaburan MARA Berhad, yang menekankan bagaimana kejohanan ni bukan sekadar aktiviti riadah, tapi simbol komitmen industri dalam membina hubungan bermakna dan komuniti profesional yang lebih kuat.
Katanya, ikatan yang terjalin di sini sebenarnya menyumbang kepada ekosistem unit amanah yang lebih kolaboratif dan berdaya tahan.
Sokongan padu 13 penaja…Bukti komuniti industri semakin teguh
Penganjuran tahun ini turut berjaya dengan sokongan hebat daripada 13 penaja termasuk: Phillip Capital, Zaibi Motor, City University Malaysia, Maybank Investment, TA Securities, BIMB Securities, Kenanga Investment, AmanahRaya Trustees, Hong Leong Investment, dan ahli-ahli lain Kumpulan Pelaburan MARA.
Support macam ni membuktikan kejohanan ni memang dekat di hati industri.
Siapa paling padu tahun ini?
Persaingan sengit dari awal sampai akhir, tapi akhirnya CIMB XXX03 dinobatkan Johan Keseluruhan kategori berpasukan dengan 2020 jatuhan pin.
Keputusan Berpasukan
- Johan – CIMB XXX03 (2020 pin)
- Naib Johan – SME Bank B (2005 pin)
- Tempat Ketiga – CIMB XXX01 (2004 pin)
Kategori Individu
- Lelaki: Anuar Bin Jasmin (RHB Bowlers) – 569 pin
- Wanita: Rosnani Binti Daud (Pelaburan MARA Berhad) – 600 pin
Kategori media pun gempak! Masuk TV bowlers dan rangkul takhta juara!
Bukan tu saja, media pun tak kurang meriah nya… 6 pasukan media pun turun padang tau! Persaingan memang sengit siap masuk TV Bowlers (TV3 Media Prima) dan mereka berjaya jadi Juara Kategori Media dengan mata tertinggi.
Keputusan Penuh Kategori Media:
Juara – Media Prima TV3 Buletin Utama: Masuk TV Bowlers (1713 mata)

- Muhammad Hasif Bin AlHanafiah
- Mohammad Hafizul Akhmal Azeman
- Hazwan Alias
- Intan Ezreena Amir Hamzah
Kedua – NSTP Prima: NST Sharper Bowl (1615 mata)

- Pizan Mustafa
- Najmuddin Najib
- Jamilul Anbia
- Julie Mohamad
Ketiga – Malaysia Gazette: Golek Squad (1320 mata)

- Mohd Khuzairi Bin Ismail
- Jamieshah Bin Jamil
- Nur Amanina Abd Rahman
- Al-Mustariah Marhaban
Keempat: Rev Team – Rev Media Bhd (1283 mata)
Kelima: Utusan Malaysia – Media Mulia (1260 mata)
Keenam: Flash Squad – Malaysia Gazette (1057 mata)
Pelaburan MARA Berhad – 60 tahun membangun komuniti ekonomi bumiputera!
Pelaburan MARA Berhad ialah syarikat pelaburan strategik milik penuh MARA Corporation Sdn Bhd, dengan fokus pada pelaburan, pengurusan aset, pembiayaan Islam, penasihat korporat dan perkhidmatan data pelaburan.
Sejak 1967, entiti ini memainkan peranan penting dalam memperkasakan penglibatan Bumiputera dalam pasaran modal dan pertumbuhan ekonomi negara.
Nak tahu lebih banyak tentang inisiatif dan aktiviti Pelaburan MARA Berhad? Boleh layari laman rasmi dan follow media sosial mereka untuk info terkini dan event akan datang!
The post Gegau Satu Dewan! 31 Pasukan Berentap Di Kejohanan Bowling Inter-Unit Amanah Ke-23 first appeared on OHBULAN!.





