28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Focus Point Raikan Hari Penglihatan Sedunia 2025 — ‘Sayangi Mata Anda, Setiap Kisah Bermakna’

    Shopee Sale

    Tahukah korang, penglihatan yang jelas boleh ubah hidup seseorang? Sempena sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2025, Focus Point Vision Care Group Sdn Bhd tampil dengan kempen bertemakan ‘Sayangi Mata Anda, Setiap Kisah Bermakna’. Sebuah inisiatif istimewa untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan mata.

    Acara pelancaran yang berlangsung di Mid Valley Megamall ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Suriani bersama rakan industri, NGO dan komuniti setempat. Meriah habis!

    Penjagaan Mata Bukan Sekadar Cermin Mata, Ia Tentang Kehidupan

    Presiden & CEO Focus Point, Dato Liaw, menegaskan bahawa penjagaan penglihatan bukan sekadar tentang cermin mata atau saringan kesihatan.

    Setakat September 2025, Focus Point sudah berjaya lakukan hampir 30,000 saringan kesihatan mata di seluruh Malaysia termasuk di Melaka, Pulau Pinang dan Sabah. Antara momen paling menyentuh hati adalah di Semporna, di mana ramai penduduk kampung dapat pakai cermin mata buat pertama kali dalam hidup mereka.

    Kanak-Kanak Jadi Fokus Utama

    Melalui projek Focus4Sight School Vision Project, lebih 3,000 pelajar daripada 31 sekolah telah menjalani saringan mata. Yang lebih best — hampir 1,000 pelajar B40 menerima tajaan cermin mata!

    Selain tu, Focus Point juga berkolaborasi dengan pelbagai rakan strategik:

    • Persatuan Kasih Sejati — 200 pasang cermin mata ditaja
    • Lions Club KL North — bantu 96 pelajar dapat cermin mata berpreskripsi
    • Rotary Club of USJ — latih 20 guru sebagai ‘Vision Guardians’ untuk 500 pelajar di Pulau Pinang
    • Teachers’ Privilege Card — lebih 500 guru dah daftar

    Jelajah Hari Penglihatan Sedunia Di Mid Valley

    Bermula 6 hingga 12 Oktober 2025, Focus Point buat roadshow seminggu di Mid Valley Megamall. Menerusi kerjasama dengan ZEISS Group, orang ramai boleh dapatkan saringan mata menyeluruh secara percuma menggunakan teknologi diagnostik canggih untuk kesan awal pelbagai kondisi mata seperti katarak, glaukoma dan penyakit retina.

    Selain itu, Focus Point turut mengadakan menjalankan inisiatif menarik. Antaranya:

    • Taklimat umum pencegahan miopia bersama Malaysia Advocacy for Myopia Prevention (MAMP)
    • Program derma cermin mata terpakai
    • Pemeriksaan percuma glaukoma, katarak dan LASIK oleh ExcelView Eye Specialist Centre
    • Booth kanta sentuh di mana para pengguna berpeluang belajar cara pakai dan penjagaan dengan betul!
    MENARIK:  Steven Sim Gesa Bebaskan Aktivis Kemanusiaan Sertai Global Sumud Flotilla, Tegaskan Solidariti Bersama Gaza

    Sertai Amazing Charity Hunt For Sight 2025!

    Bukan setakat kempen kesedaran, Focus Point juga menyokong Amazing Charity Hunt for Sight 2025 pada 12 Oktober ini. Acara ini dianjurkan oleh Dialogue Includes All bagi mendalami cabaran golongan cacat penglihatan. Siap ada 10 staf Focus Point yang akan turun padang. Fuh, terbaik!

    Mata Sihat, Masa Depan Cerah

    Sebagai sebahagian daripada komitmen kelestarian global, Focus Point turut menyokong United Nations Global Compact. Mereka percaya kesihatan mata adalah sebahagian daripada naratif pembangunan lestari khas buat komuniti dan masa depan yang lebih cerah.

    Lebih menarik, pada 12 Oktober ini, Focus Point akan bekerjasama dengan delegasi Miss Tourism Queen of the Year International. Mereka akan berkongsi kisah peribadi berkaitan kesihatan mata dari pelbagai negara. Bayangkan betapa powerfulnya mesej kesedaran yang bakal disampaikan!

    Turut diadakan sesi panel perbincangan bersama pakar — terbuka untuk orang ramai. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang pencegahan miopia, penjagaan mata & tips cegah awal, inilah peluangnya!

    My First MyoCare Lens Memfokuskan Kepada Pada Anak-Anak

    Dari 6 Oktober 2025 hingga 28 Februari 2026, Focus Point menyokong kempen ”My First MyoCare Lens’ oleh ZEISS dalam memudahkan ibu bapa mengambil langkah awal lindungi penglihatan anak-anak daripada miopia.

    Jangan Lepaskan Peluang!

    Lokasi: Centre Court, Ground Floor, Mid Valley Megamall
    Tarikh: 6 – 12 Oktober 2025
    Masuk: Percuma!

    Kalau korang sayangkan mata, inilah masanya untuk ambil langkah pertama jaga kesihatan penglihatan. Setiap mata ada kisahnya dan setiap kisah itu bermakna.

    Untuk info lanjut, layari laman rasmi Focus Point atau ikuti Focus Point di Facebook.

    The post Focus Point Raikan Hari Penglihatan Sedunia 2025 — ‘Sayangi Mata Anda, Setiap Kisah Bermakna’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah