28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fikry Ibrahim Tak Tahu Isteri Fail Cerai, Peguam Kata Dah Maklumkan

    Shopee Sale

    Peguam syarie mewakili Siti Khalizah Alihan, Wan Muhammad Afiq memberitahu pihaknya sudah menyerahkan surat saman perceraian atau surat tuntutan cerai kepada defendan iaitu pelakon, Fikry Ibrahim.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Punca Cerai Tiada Persefahaman, Isteri Cari Ruang Berdamai Dengan Fikry Ibrahim

    Artikel Berkaitan: Tular Video Berbusana Pengantin, Fikry Ibrahim Didakwa Sudah Berkahwin?

    Sudah serah surat saman cerai

    Muhammad Afiq yang ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis berkata, Fikry telah menerima sendiri surat tersebut yang dikemukan oleh anak guamnya.

    Surat saman, pihak kami telah serahkan pada pihak defendan. Pihak defendan yang sendiri menerima surat saman tersebut.

    Perkara itu sekali gus menyangkal dakwaan yang dikeluarkan Fikri apabila mendakwa dirinya tidak tahu menahu mengenai tindakan isterinya memfailkan cerai terhadapnya.

    Fikry ketika dihubungi mengakui terkejut dan menyatakan hubungannya dengan isteri berada dalam keadaan baik.

    Saya tak tahu, isteri saya okay saja dengan saya. Saya memang tak tahu apa.

    Pada Khamis, Siti Khalizah hadir untuk prosiding pertama kes perceraian namun mahkamah terpaksa menetapkan satu tarikh baharu iaitu pada 10 September susulan ketidakhadiran Fikry.

    MENARIK:  Instagram Aisha Retno Jadi Sasaran Netizen Indonesia Gara-Gara ‘Claim’ Batik Milik Malaysia

    Dimaklumkan, Siti Khalizah memfailkan cerai terhadap Fikry pada Mei lalu iaitu empat bulan selepas mereka sah bergelar suami isteri dengan alasan tiada lagi persefahaman dalam rumah tangga.

    Pasangan itu selamat bernikah pada 12 Januari lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Kedah dan ini merupakan perkahwinan kedua untuk Siti Khalizah.

    The post Fikry Ibrahim Tak Tahu Isteri Fail Cerai, Peguam Kata Dah Maklumkan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah