Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim menafikan rumah tangganya sedang bergolak sekali gus menjadi punca isterinya, Siti Khalizah Alihan bertindak memfailkan cerai terhadapnya pada Mei lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Punca Cerai Tiada Persefahaman, Isteri Cari Ruang Berdamai Dengan Fikry Ibrahim
Artikel Berkaitan: Tular Video Berbusana Pengantin, Fikry Ibrahim Didakwa Sudah Berkahwin?
Rumah tangga aman

Fikry, 31, berkata, hubungannya dengan isteri masih dalam keadaan baik dan mengakui saling mencintai antara satu sama lain.
Saya menidakkan, kami berdua saling mencintai antara satu sama lain. Tiada istillah kami kahwin terpaksa, sebaliknya kami kahwin atas dasar cinta yang ikhlas.
Lepastu saya juga ada baca yang isteri saya tidak gembira kerana duduk dengan mak saya. Macamlah kalian pula yang duduk dengan kami.
Isteri saya ikut saya ke mana sahaja saya pergi. Kadang kala dia ikut saya pergi Kuala Lumpur.
Fikry berkongsi perkara itu dalam program Melodi yang dihoskan olehnya di TV3, pada Khamis.
Dalam pada itu, Fikry turut menjelaskan kehadiran isterinya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Khamis adalah untuk menarik semula tuntutan perceraian yang difailkan.
Hakikatnya pagi tadi, isteri saya datang ke mahkamah adalah untuk menarik semula kes. Mahkamah minta tangguh ke satu tarikh kerana tidak mahu seperti mempermainkan mahkamah.
Sebagai suami, saya sudah berjanji dan mengambil tanggungjawab untuk menjaga isteri dengan baik dan akan mempertahankan keluarga selagi mana mampu.
Pada Khamis, Siti Khalizah hadir untuk prosiding pertama kes perceraian namun mahkamah terpaksa menetapkan satu tarikh baharu iaitu pada 10 September susulan ketidakhadiran Fikry.
Pasangan itu selamat bernikah pada 12 Januari lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Kedah dan ini merupakan perkahwinan kedua untuk Siti Khalizah.
The post Fikry Ibrahim Nafi Rumah Tangga Bergolak, Isteri Datang Mahkamah Tarik Kes first appeared on OHBULAN!.





