Pelakon, Faye Kusairi mendedahkan dirinya pernah melalui beberapa episod kegagalan dalam hubungan apabila beberapa kali memutuskan tali pertunangan sebelum ini.
Artikel Berkaitan: ‘Selagi Tak Merajuk, Tolong Ambil Saya Untuk Bawa Watak & Naskhah Yang Baik.. Yang Penting Bukan Kayu’ – Faye Kusairi
Tiga kali putus tunang

Faye, 38, berkata pengalaman tersebut banyak mengajarnya tentang kehidupan, kematangan dan memilih pasangan yang benar-benar sesuai dijadikan teman hidup.
Saya pernah putus tunang sebanyak dua atau tiga kali. Jujur cakap, memang banyak kali juga tak jadi berkahwin.
Daripada semua itu, hanya satu yang benar-benar membuatkan hati saya hancur. Selebihnya, saya okey sahaja. Yang paling memberi kesan itu kerana dia curang.
Faye berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu dalam podcast Bukak Mulut.
Menurut Faye lagi, antara punca lain hubungan tidak sampai ke jenjang pelamin adalah kerana faktor ketidakmatangan selain situasi lelaki yang masih bergantung sepenuhnya kepada keluarga.
Ada juga yang masih bergantung hidup dengan bapanya. Saya terfikir, macam mana saya nak bergantung dengan dia kalau dia sendiri pun masih bergantung pada keluarga.
Kadang-kadang tak jadi itu sebab saya rasa dia tidak cukup matang, atau mungkin juga saya sendiri yang belum matang ketika itu.
Dalam pada itu, Faye turut menegaskan dirinya bukan yang terlalu memilih dalam soal pasangan, sebaliknya lebih mementingkan cara pemikiran seorang lelaki.
Saya bukan jenis yang memilih. Saya tak kisah rupa atau sama ada dia berharta atau tidak. Apa yang penting bagi saya adalah cara dia berfikir.
Saya boleh terima kalau seorang lelaki itu hidup susah, asalkan dia tahu menguruskan diri dan tidak menyusahkan atau menambah beban kepada saya, itu sudah memadai.
Sekadar info, Faye mendirikan rumah tangga dengan Azmi Hatta pada 9 April 2017 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: TIkTok
The post Faye Kusairi Dedah Tiga Kali Putus Tunang, Pernah Dicurangi & Jumpa Lelaki Tak Matang first appeared on OHBULAN!.





