26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fattah Amin Dibayar Jutaan Ringgit Sebagai Duta Minuman Tenaga?

    Shopee Sale

    Aktor terkenal, Fattah Amin memilih untuk mengunci mulut mengenai dakwaan kononnya dia menerima bayaran mencecah jutaan ringgit untuk menjadi duta produk minuman tenaga Orang Kampung (OK).

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Jawab Dakwaan Cepat ‘Move On’ – ‘Setiap Orang Melalui Fasa Kehidupan Berbeza’

    Artikel Berkaitan: Fattah Tak Hantar Bunga Lagi, Terus Hantar Ibu Jumpa Amira’ – Netizen

    Harga privasi

    Ketika ditemui , Fattah, 35, berkata untuk menjawab soal bayaran sangat peribadi dan biasanya dikendalikan oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Aca.

    Jelas Fattah, tugasnya melakukan tanggungjawab yang diterima dengan sebaik mungkin setimpal dengan harga.

    No komen sebab selalunya pengurus saya yang akan berurusan dengan klien.

    Tugas saya hanyalah untuk memastikan setiap tawaran yang diberikan itu dibuat dengan sebaiknya mengikut kadar harga yang sesuai.

    Nak komen lebih pun bahaya, sebab fasal bayaran ini terlalu privasi.

    Cuma nak jelaskan tak semua tawaran saya jadi duta, ada yang mengikut projek untuk tempoh tertentu seperti tiga bulan, enam bulan atau setahun.

    Nilai bayaran layak untuk Fattah

    Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan OK, Datuk Habibul Ajmi Datuk Haji Manggar menyatakan nilai yang dibelanjakan untuk melantik Fattah sebagai duta adalah berpatutan dengan personaliti pelakon itu yang mempunyai imej baik dan bersih di mata masyarakat.

    Khabar angin hanya sekadar gosip yang akan terus berlegar, tapi apa yang boleh saya katakan Fattah mempunyai imej yang sangat baik.

    Jadi saya rasa mesti ada nilai yang perlu pihak kami belanjakan. Ia sesuai dengan personaliti dan imej yang dia bawakan selama ini.

    Nak kata terlalu mahal pun tidak, nak kata terlalu murah pun tidak.

    Cuma Fattah ini senang diajak berbincang, jadi senang kami nak berurusan soal harga. Nak ‘reveal’ lebih-lebih pun tak boleh.

    Selain itu, kata Habibul, pelantikan Fattah sebagai duta rasmi minuman tenaga OK juga merupakan sebahagian daripada pelan strategik jangka panjang syarikat bagi memperkukuh kedudukan jenama di pasaran tempatan dan antarabangsa.

    MENARIK:  ‘Ayah Tidak Percaya Saya Anak Dia’ – Iqbal Zulkefli Dakwa Bapa Kaki Puk*l, Pernah Tamp*r Arwah Ibu Sampai Pengsan Sewaktu Hamil?

    Habibul juga percaya penglibatan pelakon drama Keluarga Itu mampu untuk menarik pelanggan wanita untuk membeli ‘sakan.’

    Dengan imejnya yang bersih, berdisiplin dan aktif, Fattah mencerminkan nilai yang dibawa oleh jenama Orang Kampung.

    Kami percaya kehadiran Fattah dapat menarik kuasa pembeli wanita kerana golongan ini antara yang suka berbelanja.

    Dalam masa sama, kami yakin Fattah mampu membawa jenama OK ke peringkat yang lebih tinggi selepas 25 tahun penubuhan syarikat ini.

    Sebagai simbolik kerjasama tersebut, OK Group turut melancarkan KF Limited Edition, varian eksklusif khusus untuk wanita dengan pembungkusan dan reka bentuk istimewa yang hanya boleh didapati di lokasi terpilih seperti PETRONAS Mesra, Mydin dan platform e-dagang utama.

    Sehingga kini, OK Group menawarkan tiga varian utama minuman tenaga yang mendapat sambutan menggalakkan di seluruh negara. KF (Kacip Fatimah) dikhususkan untuk wanita yang ingin mengekalkan kesegaran dan tenaga secara semula jadi.

    Longjack, pula merupakan pilihan umum untuk lelaki dan wanita, berasaskan gabungan Tongkat Ali dan Guarana untuk membantu meningkatkan stamina dan daya fokus.

    Manakala Longjack X, varian terbaharu dalam rangkaian ini, dicipta khas untuk mereka yang menjalani gaya hidup aktif dan memerlukan prestasi tenaga yang lebih intensif.

    Seiring kejayaan dalam negara, produk minuman tenaga Orang Kampung kini juga telah menembusi pasaran antarabangsa, khususnya di Singapura dan Brunei, di mana permintaan terhadap produk berasaskan herba semula jadi semakin meningkat.

    Melihat kepada sambutan positif ini, OK Group kini merancang untuk melangkah ke pasaran Eropah, dengan fokus awal kepada komuniti Asia Tenggara di sana dan pengguna yang menghargai alternatif minuman tenaga yang lebih berasaskan semula jadi. Beberapa perbincangan sedang dijalankan dengan rakan dagang luar negara serta rangkaian pengedaran khas untuk tujuan ini.

    The post Fattah Amin Dibayar Jutaan Ringgit Sebagai Duta Minuman Tenaga? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah