26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ayah Tidak Percaya Saya Anak Dia’ – Iqbal Zulkefli Dakwa Bapa Kaki Puk*l, Pernah Tamp*r Arwah Ibu Sampai Pengsan Sewaktu Hamil?

    Shopee Sale



    Iqbal Zulkefli

    Pendedahan berani yang dibuat selebriti media sosial, Iqbal Zulkefli yang mendakwa bapanya seorang kaki pukul dan panas baran mengejutkan ramai pihak.

    Bapa kaki pukul?

    Iqbal Zulkefli

    Iqbal, 31, mendakwa bapanya tidak mengaku dia sebagai anak dan dirinya pernah menjadi mangsa penderaan sewaktu kecil.

    Katanya, dia juga tempat bapanya melepaskan rasa amarah meskipun tidak melakukan sebarang kesalahan.

    Pertama kali ayah melihat saya ketika usia saya sudah setahun lebih. Ibu saya mengandungkan saya sendirian kerana ayah menetap di luar negara.

    Ayah saya tidak percaya saya anak dia. Jadi sejak kecil saya dipukul sehinggalah saya besar, tanpa alasan atau kesilapan yang jelas.

    Jika adik-beradik lain yang bergaduh, saya yang tengah duduk diam akan tiba-tiba dipukul. Ayah akan mengamuk kalau orang cakap muka saya macam dia.

    Saya tidak dimanjakan seperti adik beradik lain. Hampir 15 tahun lalu, saya hanya berjumpa ayah tidak lebih 10 kali dalam setahun.

    Iqbal mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

    MENARIK:  Sharifah Amani Selamat Bersalin Anak Pertama, Beri Nama Ahmed Mohsein

    Ibu pengsan kena tampar

    Iqbal Zulkefli

    Menerusi satu lagi perkongsian di entri sama, Iqbal mendakwa ibunya turut menjadi mangsa pukul bapanya sehingga jatuh pengsan sewaktu sedang hamil.

    Dedah Iqbal, dia menjadi saksi kepada banyak kejadian pilu yang menimpa ibunya.

    Sewaktu ibu mengandung, ayah saya menendang perut ibu saya sehinggalah jatuh ke bawah katil. Adik saya kembar, seorang hidup dan seorang lagi meninggal dunia dalam perut.

    Saya saksi di depan mata, ibu saya ditampar oleh ayah sehingga pengsan. Dulu saya satu-satunya anak yang pertahankan ibu.

    Setelah ibu sakit kanser teruk sebelum meninggal, barulah adik-adik semakin sedar apa yang berlaku.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah