26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fatimah ‘The Family UK’ Alami Pendarahan Selepas Prosedur Pembedahan Biopsi

    Shopee Sale



    Ibu kepada personaliti media sosial cilik, Fatimah ‘The Family UK’ iaitu Nor Ashila Mahamed Ismail memberitahu keadaan kesihatan anaknya semakin lemah sejak kebelakangan ini.

    Mengalami pendarahan

    Menurut Ashila, Fatimah mengalami pendarahan selepas prosedur pembedahan biopsi pada minggu lepas.

    Hari ini sudah masuk hari kelapan Fatimah mengalami pendarahan dan masih lagi belum berhenti. Keadaan Fatimah semakin lemah semenjak dua hari lepas.

    Tambah Ashila, anaknya itu ditempatkan di hospital di Birmingham sejak Mac lalu. Sebagai ibu, Ashila berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan Fatimah.

    Pada hari Jumaat yang mulia ini, kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon jasa baik anda semua agar sudi mendoakan Shifa’ dan Aafiyah kepada anak kesayangan kami yang kini masih lagi berada di hospital.

    Pohon jasa baik anda semua untuk membuat doa khusus agar pendarahan berhenti dengan segera. Semoga berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat Fatimah.

    Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata2 semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.

    Ashila berkongsi berita tersebut menerusi akaun Instagram The Family UK, pagi tadi.

    MENARIK:  Nabila Huda Kongsi Kisah Aoki Untuk Beri ‘Awareness’ Tentang Penyakit Haiwan

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah