34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Esma Daniel Minta Fattah Amin ‘Move On’, Cari Kebahagiaan Baru – ‘Relaks Je Lah Boh, Bunga Bukan Sekuntum’

    Shopee Sale



    Berita perceraian membabitkan pasangan pelakon, Fattah Amin dan Nur Fazura masih menjadi topik hangat di media sosial.

    Malah, ramai dalam kalangan netizen termasuk rakan artis mengambil kesempatan dengan memberi pandangan dan nasihat mereka berhubung perkara tersebut.

    ‘Relaks lah boh, bunga bukan sekuntum’

    Terbaharu, pengarah dan pelakon iaitu Esma Daniel sempat meninggalkan pesanan kepada aktor, Fattah Amin supaya bertenang dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang telah pun ditakdirkan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.

    Dalam pada itu, Esma turut menasihati Fattah agar tidak menjadikan isu perceraian itu sebagai penghalang untuk dia meneruskan kehidupan dan mencari kebahagiaan baru.

    Relaks je lah boh (Fattah Amin), Bunga bukan sekuntum namun jika bunga sekuntum itu terlalu harum untuk dilupakan, hargailah kenangannya.

    Namun, jangan biarkan ia menghalang kita daripada teruskan hidup dan mencari kebahagiaan baru. Amanat tetap kena jaga, meskipun jalan hidup berubah.

    Netizen titip doa

    Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Fattah. Mereka mendoakan agar segala urusan Fattah dipermudahkan selain diberi kekuatan dalam mengharungi ujian hidup.

    Doa yang baik-baik. Kita pun diuji, semua diuji.

    Betul tu setuju, teruskan hidup dan ambil semangat dengan ujian ini. Awak kuat agama, semoga Allah tetapkan hati awak bersabar dengan ujian-ujian

    Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi Isnin.

    MENARIK:  [VIDEO] Doktor Wanita Terkesan Selepas Kematian Suami & Ibu – ‘Dia Gant*ng Diri & Overdose Kedua-Dua Anaknya’

    Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah