26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Eman Manan Tidak Letak Had Umur, Berhasrat Mahu Berlakon Sampai Hujung Nyawa – ‘Karya Ini Tidak Melanggar Pantang Larang’

    Shopee Sale



    Pelakon Eman Manan memberitahu dia berhasrat untuk terus berlakon sehingga ke akhir hayatnya sekiranya masih diperlukan di dalam industri seni.

    Artikel berkaitan: Syafiq Kyle Dedah Ada Pihak Larang Ambil Berlakon, Dilabel Artis Bermasalah – ‘Jangan Ambil Sebab Tak Meletup’

    Artikel berkaitan: Kamal Adli Nafi Ada Masalah ‘Call Time’, Sudah ‘Bersiap’ Datang Set Penggambaran – ‘Ini Rasanya Benda Lama’

    Tiada sebab hadkan berlakon

    Menurut Eman atau nama sebenarnya Abdul Manan Embong, 66, dia tidak mempunyai sebab untuk memperlahankan kerjaya sebagai pelakon selagi tidak bertentangan dengan kepercayaannya.

    Kenapa perlu hadkan bidang ini? Adakah kerja ini terlarang dan melanggar tata sulila? Apabila karya ini tidak melanggar pantang-larang dan adat, jadi mengapa tidak?

    Kalau ikutkan kehendak, saya mahu teruskan sehingga ke akhir hayat. Tetapi kita tidak boleh lari dari takdir.

    Selain itu, Eman juga tidak berdepan dengan masalah kesihatan yang memerlukannya untuk mengambil sebarang ubat.

    Soal kesihatan ini semuanya berkaitan dengan takdir. Allah takdirkan saya ini sihat. Dari segi kehidupan pula, saya disiplin (menjaga kesihatan).

    Saya lihat bidang ini perlukan orang yang sihat dari segi fizikal. Alhamdulillah setakat ini tidak ada ubat yang perlu saya makan setiap hari.

    Mengulas tentang watak yang dibintangi di dalam filem Takluk: Lahad Datu arahan Zulkarnain Azhar, Eman sangat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada sejarah penting negara itu.

    Sebagai rakyat Malaysia, saya turut mengikuti peristiwa yang berlaku di Lahad Datu itu. Masih tersemat di dalam ingatan saya apa yang berlaku.

    Apabila ada produksi yang ingin membawa kisah ini ke layar perak, saya sangat berbesar hati untuk menerima tawaran yang diberikan. Filem ini menceritakan satu peristiwa besar yang berlaku di negara kita.

    Biarpun watak jahat dan tidak banyak babak seperti watak lain, tetapi ia sangat penting. Watak ini juga berlainan dengan watak saya lakonkan sebelum ini di mana saya sering diangkat sebagai wira, pejuang, ahli agama yang pada akhirnya membawa kejayaan.

    Filem tersebut diinspirasikan daripada insiden sebenar Ops Daulat yang pernah menggegarkan negara pada 11 Februari 2013 apabila pengganas Sulu menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah.

    MENARIK:  Irene Catalina Akui Sukar Nyanyi Lagu Raya, Ambil Dua Bulan Cari ‘Mood’ – ‘Selalu Cover, Sekarang Dah Faham’

    Selain Eman, filem terbitan Multimedia Entertainment dengan kerjasama Golden Screen Cinemas, Astro dan Sifxun Media itu juga turut dibintangi Syafiq Kyle, Fikry Ibrahim, Kamal Adli, Anding Indrawani dan anak saudara Eman sendiri iaitu Fad Anuar.

    Takluk: Lahad Datu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 22 Ogos sempena menyambut bulan kemerdekaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah