Pelakon, Datin Elvina Mohamad berkongsi pengalaman menyaksikan satu insiden mencemaskan apabila seorang kanak-kanak tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Wanita Yang Fikir Singkat & Nak Hidup Mewah, Hanya Dengan Sondol Suami Orang’ – Elvina Mohamad
Kaki tersepit eskalator

Menerusi hantaran di platform Threads, Elvina, 30, berkata kejadian itu berlaku sejurus selesai menghadiri tayangan perdana filem Magik Rompak di MyTown Mall, Kuala Lumpur.
Habis screening meet and great filem Magik Rompak di MyTown Mall, masa nak balik ternampak kejadian ini. Ya Allah, kesian adik ini kaki dia termasuk dalam eskalator.
Dalam video yang dikongsikan, kanak-kanak berkenaan kelihatan duduk dalam keadaan cemas dengan sebelah kakinya tersepit pada eskalator.
Sementara itu, dapat dilihat beberapa anggota polis serta orang awam berusaha membantu mangsa.
Elvina yang tersentuh dengan kejadian itu turut menitipkan pesanan kepada ibu bapa agar lebih berwaspada ketika membawa anak-anak menaiki eskalator.
Kepada ibu bapa di luar sana tolong lebih berhati-hati kalau bawa anak kalian naik eskalator. Tolong jangan bagi anak berdiri dekat tepi atau hujung eskalator, bahaya.
Pesanan untuk diri saya sendiri juga. Seriau tengok kejadian tersebut. Semoga adik itu baik-baik sahaja.
Sumber: Threads
The post Elvina Mohamad Saksi Insiden Kanak-Kanak Tersepit Eskalator, Titip Pesanan Buat Ibu Bapa first appeared on OHBULAN!.





