32.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dr. Heama Maleini Peluk Islam Sebab Sayang Zubir Khan, Akui Tak Mudah Yakinkan Keluarga Untuk Hijrah

    Shopee Sale

    Isteri kepada penyanyi Zubir Khan iaitu Dr. Heama Maleini mengakui bukan mudah untuknya meyakinkan ahli keluarga mengenai keputusan memeluk agama Islam selepas 27 tahun menganut agama Hindu.

    Artikel Berkaitan: Zubir Khan Sah Bergelar Suami Kepada Doktor Mualaf

    Yakinkan keluarga

    Heama berkata, pada awalnya keluarga sukar menerima keputusan tersebut, namun keadaan berubah selepas mereka melihat keperibadian Zubir yang disifatkan sebagai lelaki bertanggungjawab dan mengambil berat terhadapnya.

    Selama 27 tahun saya menganut agama Hindu dan ingin memeluk Islam, sudah pasti keluarga menghalang. Itu pada awalnya sebelum saya berjaya yakinkan mereka.

    Untuk menyakinkan keluarga, saya mengambil sedikit masa dan selepas mereka melihat Zubir seorang yang sangat bertanggungjawab serta sangat mengambil berat tentang saya, itu membuka mata keluarga.

    Pada satu tahap, ibu saya berkata yang saya sebenarnya sudah menemui seorang lelaki yang tepat untuk dijadikan suami.

    Keluarga akhirnya merelakan saya untuk berhijrah dan peluk agama Islam kerana mereka percaya, pada akhirnya saya akan hidup bersama dengan orang yang saya sayang.

    Heama berkata demikian ketika ditemui pada majlis resepsinya bersama Zubir yang berlangsung di Glasshouse Puchong, pada Sabtu.

    Belajar tentang Islam

    Bercerita lanjut mengenai penghijrahannya sebagai saudara baharu, Heama menyifatkan keputusan untuk memeluk Islam sebagai antara perkara terbesar yang pernah dilakukannya dalam kehidupan.

    Membuat keputusan untuk memeluk Islam adalah satu keputusan yang sangat besar saya lakukan. Perkara utama saya peluk Islam adalah kerana saya sayang dengan Zubir.

    Saya juga tertarik untuk mendalami dan belajar tentang agama Islam. Saya tidak sanggup untuk kehilangan seorang insan yang sangat saya sayang.

    Belajar sesuatu perkara yang baharu dalam hidup (tentang Islam) juga perlu, saya sering dengar ramai berkata Islam itu agama yang mudah. Jadi kenapa nak menyusahkan.

    Saya akan belajar tentang Islam secara perlahan-lahan, dari cinta kepada Zubir kini saya teruja untuk belajar Islam.

    Mengulas mengenai sifat Zubir yang membuatkan hatinya terbuka untuk menjadikan penyanyi itu sebagai pasangan hidup, Heama berkata kesetiaan menjadi antara ciri utama yang dicari dalam diri seorang lelaki.

    Sebagai wanita, perkara paling utama yang saya cari adalah kesetiaan. Zubir memiliki sifat itu selain seorang yang sangat bertanggungjawab. Itu antara sebab saya jatuh cinta dengannya.

    Heama sebelum ini dilaporkan memeluk agama Islam pada Mei lalu sebagai sebahagian daripada persiapan sebelum melangkah ke alam perkahwinan bersama Zubir.

    MENARIK:  Doa Agar Dipertemukan Jodoh: Siti Khadijah Mengakui Merasa 'Sunyi' Setelah Usia 27 Tahun

    Pasangan berkenaan akhirnya sah bergelar suami isteri selepas disatukan dalam sebuah majlis pernikahan pada Jumaat lalu.

    The post Dr. Heama Maleini Peluk Islam Sebab Sayang Zubir Khan, Akui Tak Mudah Yakinkan Keluarga Untuk Hijrah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah