29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, November 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dr. Fie, Kapten Amrul Imbas Detik Manis Sepanjang Perkenalan – ‘Dia Datang Bawa Bunga Orkid…’

    Shopee Sale

    Selepas beberapa hari mendirikan rumah tangga, personaliti media sosial, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek bersama suaminya, Kapten Amrul Nizar Anuar berkongsi detik-detik berharga sepanjang awal perkenalan mereka.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan 

    Artikel Berkaitan: Lufya Omar Perjelas Salah Faham Detik Perkenalan Dr. Fie Dengan Suami – ‘Bukan Ramadan Tahun Lepas’

    Bunga

    View on Threads

    Menerusi rakaman siaran langsung di TikTok, Kapten Amrul berkata Dr. Afifah yang lebih mesra dengan panggilan Dr. Fie pernah menghadiahkannya bunga orkid sempena sambutan Hari Raya pada tahun ini.

    Pada kertas yang diberikan itu, Kapten Amrul mendedahkan bahawa Dr. Fie seolah-olah memberikan bayangan kepadanya menerusi penggunaan perkataan ‘love’.

    Semasa Hari Raya dia (Dr. Fie) datang bawa bunga orkid dengan tulisan ‘Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin, Love Dr. Fie’.

    Kalau ada perkataan ‘love’ maksudnya memang ‘love’ lah tu. Tak lama selepas itu, Dr. Fie ada bagi lagi bunga orkid.

    Saya sayang sangat dengan pemberian Dr Fie jadi saya akan simpan, mana tahu suatu hari nanti bunga yang gugur akan berputik kembali.

    Terdahulu, Dr. Fie telah selamat bergelar isteri kepada Kapten Amrul pada Ahad lalu.

    MENARIK:  ‘Bukan Satu Kesalahan Saya Teman Adam Bekerja’ – Sweet Qismina

    Untuk rekod, Dr. Fie pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Nubhan pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor. 

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.

    Sumber: Threads

    The post Dr. Fie, Kapten Amrul Imbas Detik Manis Sepanjang Perkenalan – ‘Dia Datang Bawa Bunga Orkid…’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah