34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dikecam Kerana Watak ‘Astrid’, Annisa Kaila Tak Terasa Hati – ‘Ada Yang Cubit Saya Sebab Geram’

    Shopee Sale

    Gara-gara lakonannya menerusi filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel, aktres Indonesia iaitu Annisa Kaila menjadi sasaran kemarahan netizen.

    Artikel Berkaitan: Filem ‘Sore: Istri Dari Masa Depan’ Wakili Indonesia Ke Oscar 2026

    Artikel Berkaitan: Filem Anak Kunti Satu Interpretasi Moden Dari Naskah Legenda Indonesia, Temui Penonton Bermula 20 Februari Ini

    Sebenarnya menegakkan kebenaran

    Ketika ditemui , pemilik nama Annisa Aurelia Kaila, 18, berkongsi pengalamannya apabila pernah dicubit oleh penonton ketika menghadiri tayangan filem perdana itu di Indonesia.

    Sewaktu tayangan perdana di Indonesia, ada yang mencubit saya kerana terlalu geram dengan watak yang saya bawa.

    Tetapi saya tidak berkecil hati.

    Bagi saya, itu maknanya saya berjaya menghidupkan watak tersebut walaupun agak mencabar.

    Annisa berkata demikian ketika ditemui selepas selesai Tayangan Perdana Filem Ozora: Penaniayaan Brutal Penguas Jaksel yang berlangsung di GSC Cinema, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, pada Selasa.

    Perlu berdepan kritikan

    Berkongsi lebih lanjut, Annisa juga mengakui menerima pelbagai kecaman daripada orang ramai di akaun media sosial miliknya dek kerana watak yang dilakonkannya dalam filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel.

    Banyak sangat mesej peribadi (DM) dan komen di Instagram yang marah kepada saya.

    Mereka kata hal ini semua berlaku disebabkan watak Astrid.

    Nampaknya semua orang betul-betul benci dengan watak itu sedangkan itu bukanlah diri saya yang sebenar.

    Dalam pada itu, Annisa mengakui pada awalnya berasa takut untuk menerima tawaran melakonkan watak Astrid dalam filem tersebut kerana jalan ceritanya mengangkat kes buli yang pernah berlaku dan mendapat perhatian ramai pada tahun 2023.

    MENARIK:  Anak Lelaki Ayda Jebat Dijangkiti Influenza – ‘Mohon Doa Aali Mateen Cepat Sembuh’

    Namun, selepas menilai tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon, dia akhirnya membuat keputusan untuk menyahut cabaran tersebut demi menyampaikan mesej keadilan kepada masyarakat.

    Kali pertama dapat tahu perlu lakonkan watak ini, saya agak terkejut.

    Saya juga mengikuti perkembangan kes David Ozora sejak 2023 dan tidak menyangka saya ditawarkan untuk membawa watak yang menjadi punca kepada segala kejadian itu.

    Ia merupakan satu cabaran besar dan saya berfikir panjang sebelum terima tawaran ini kerana ada perasaan bimbang memandangkan kes ini tular ketika itu.

    Jujurnya, saya ada rasa takut, tapi selepas difikirkan semula, kenapa perlu takut? Saya hanya lakonkan sahaja.

    Dengan filem ini, kita sebenarnya menegakkan kebenaran dan keadilan yang sebenar.

    Filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel diangkat daripada kisah sebenar yang mengejutkan rakyat Indonesia pada tahun 2023, kes buli ini melibatkan seorang remaja lelaki bernama David Ozora.

    Filem ini telah mula ditayangkan di Indonesia pada 4 Disember tahun lalu dan dijadualkan menemui penonton Malaysia pada 22 Januari ini.

    The post Dikecam Kerana Watak ‘Astrid’, Annisa Kaila Tak Terasa Hati – ‘Ada Yang Cubit Saya Sebab Geram’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah