28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Diinspirasikan Daripada Kisah Benar, Filem ‘Ipar Adalah Maut’ Buat Emosi Penonton Tak Stabil

    Shopee Sale



    Ipar Adalah Maut (I.A.M) merupakan sebuah filem Indonesia yang paling dinantikan ramai pada tahun ini. Sudah ditayangkan di pawagam sejak 13 Jun lalu, filem arahan sutradara terkenal Hanung Bramantyo ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Michelle Ziudith, Deva Mahenra dan Davina Karamoy.

    Lebih menarik, filem ini memberikan pengalaman yang penuh emosi kepada para penonton.

    Kisah benar dan viral

    Sekadar info, filem ini diinspirasikan daripada kisah benar dan viral. Filem ‘Ipar Adalah Maut’ ini mengisahkan tentang Nisa yang bercita-cita ingin memiliki sebuah keluarga bahagia. Dia bernikah dengan Aris, seorang pensyarah muda yang bijaksana dan menawan. Perkahwinan mereka dianggap sempurna, terutama selepas kelahiran anak pertama mereka, Raya. Namun, kehidupan mereka mula tergugat apabila ibu Nisa meminta adik perempuan Nisa, Rani untuk tinggal bersama mereka.

    Rani, seorang pelajar yang masih muda, berusaha menjaga jarak dengan Aris, abang iparnya yang karismatik. Namun, waktu berlalu dan batas antara mereka mula kabur. Nisa merasakan perubahan dalam sikap Aris dan walaupun dia cuba menahan firasat buruk, kebenaran akhirnya terbongkar.

    MENARIK:  Tular Video Anak Tampar, Seret Mak Tengah Lumpuh

    Rasa sakit yang mendalam menghentam Nisa apabila dia mengetahui bahawa suaminya telah terjerat dalam hubungan terlarang dengan adik perempuannya sendiri. Di balik senyum manis Aris dan kebahagiaan keluarga mereka, tersembunyi pengkhianatan yang menjatuhkan segala-galanya.

    Reaksi netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah