Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed Syahid dan isteri, Fatin Syazwani sekali lagi mencetuskan perhatian ramai apabila penampilan mereka di sebuah majlis sambutan hari jadi baru-baru ini menjadi bahan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.
Artikel Berkaitan: Prince Syed Sambut ‘Birthday’, Harga Kek Cecah RM200,000 – ‘Dipenuhi Dengan Bunga Emas 916’
Artikel Berkaitan: Prince Syed Tak Melatah Disindir Bawa Isteri Bercuti Di Cameron Highlands, Dedah Pernah Berhabis Lebih RM20K
Menyerupai budaya lain?

Menerusi hantaran yang dikongsikan, pasangan itu dilihat mengenakan pakaian bertemakan kaum lain namun segelintir netizen menganggap mereka tidak sensitif terhadap isu keagamaan.
Malah, penampilan mereka yang lengkap dengan kalungan bunga di leher turut mengundang kritikan apabila ada yang menganggap ia membawa simbolik keagamaan dan seolah-olah meniru adat serta budaya agama lain.
Bagaimanapun, Prince Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Shah Hasif tampil memberi respons berhubung isu terbabit.
Syed menyifatkan bahawa tohmahan yang dilemparkan sebagai tidak berasas dan menjelaskan bahawa penampilan mereka sebenarnya mencerminkan warisan keturunan keluarga sendiri.
Untuk pengetahuan, mungkin awak Melayu asli, tapi kami berdarah campur ya. Jadi apa yang dikatakan ikut budaya atau agama lain tu sebenarnya sebahagian daripada keluarga kami sendiri. Kami Arab mix Chinese mix India.
‘Ada nampak kami buat benda bukan-bukan?’

Syed turut menegaskan bahawa sepanjang majlis berlangsung, tidak ada sebarang perbuatan atau perlakuan yang menyimpang daripada norma agama.
Ada nampak kami buat benda bukan-bukan? Ada nampak kami ikut ritual agama lain ke sepanjang majlis tu? Budaya apa sebenarnya yang awak cuba isukan ya?
Kalau kami pakai pakaian Indian sekalipun, sekurang-kurangnya tutup aurat. Tak nampak ke? Isteri saya pun berdarah India, dan dia pakai saree tapi tak adalah nampak perut segala bagai.
Sebelum komen, betulkan sikit cara penyampaian tu ya.
Susulan daripada itu, netizen sempat menyarankan agar pasangan ini lebih peka terhadap sensitiviti agama dalam setiap tindakan, apatah lagi dengan imej mereka sebagai individu berpengaruh.
Sumber: Facebook Prince Syed Shahid
The post Didakwa Tiru Budaya Kaum Lain Sebab Pakai Kalungan Bunga, Prince Syed Respon – ‘Kami Mix Arab, Cina & India’ first appeared on OHBULAN!.





