30.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Diana Danielle Tak Janggal Beraya Di Kuala Lumpur, Kedua Anak Ikut Farid Kamil Pulang Ke Kedah – ‘Penting Untuk Mereka Beraya Di Kampung’

    Shopee Sale



    Pelakon jelita, Diana Danielle memaklumkan dirinya akan menyambut kehadiran Syawal tanpa sebarang rasa berkecamuk meskipun rumah tangga bersama bekas suami, Farid Kamil akhirnya bernoktah buat kali kedua pada 24 Mac lalu.

    Raya tanpa dua anak di sisi

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

    Walau bagaimanapun, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson ini memaklumkan sambutan Aidilfitri tahun ini akan sedikit berbeza tanpa kehadiran dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora di sisi.

    Kalau orang tanya macam mana persiapan raya tahun ini terutama selepas bercerai, secara jujur macam tiada apa-apa pun dan seperti tak ada perasaan.

    Memang tidak ada ‘drama’ air mata seperti menangis tepi bucu katil atau meratap.

    Saya cuma syukur anak-anak dan Farid sihat. Paling penting kalau kehidupan dia okey, anak-anak akan gembira dan semua itu cukup buat saya bahagia.

    Sebab kami mempunyai pertalian, walau apa pun terjadi sehingga ke akhir hayat.

    Tambah Diana, dia tidak mahu menganggap momen itu sebagai menyedihkan memandangkan perkata tersebut adalah keputusan yang dibuat bersama Farid.

    Ujar pelakon berusia 34 tahun ini, dia juga mahu Muhammad dan Nur Aurora terus merasai keseronokan menyambut hari lebaran dengan suasana kampung di Kedah.

    Harap sambutan hari raya Farid akan berlangsung dengan baik tambahan pula anak-anak akan ikut pulang beraya di Kedah selama seminggu.

    Saya tidak sedih pun, jangan ada yang tulis begitu pula. Ini pun memang berlaku atas keputusan sendiri, jadi perlu matang menghadapi.

    Apa pun saya okey sebab anak-anak ada seorang bapa yang sangat mengambil berat dan habiskan masa bersama.

    Saya pula tiada lagi beraya dengan suasana kampung, jadi, penting untuk anak-anak untuk terus memiliki momen beraya di kampung.

    Diana berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak yatim kerjasama Universal Music bertempat di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya, baru-baru ini.

    Peluang untuk ‘me time’

    Bercerita lanjut, Diana memaklumkan dia mahu menggunakan peluang tersebut untuk menikmati masa buat diri sendiri selepas penat lelah bekerja.

    Sejujurnya saya okey sahaja dengan penggiliran ini, sebab ini ibarat ‘me time’ untuk diri sendiri dan berehat tetapi jangan ambil secara negatif pula.

    Inilah realiti kehidupan saya sekarang ini, daripada bersedih dan menanti kepulangan anak anak dengan perasaan sendu, itu bukan perkara bagus untuk saya.

    Jadi, saya lihat secara positif dan ambil peluang itu beri fokus pada diri sendiri. Bila mereka balik, kita sambung beraya.

    Mereka hanya pergi seminggu sedangkan raya sebulan. Ini bukan kali pertama pun sebab dua tahun lepas pun kami pernah beraya berasingan.

    Ketika ditanya adakah dirinya berasa janggal beraya di Kuala Lumpur, pelakon drama ‘Raisha’ ini tidak mempunyai masalah berbuat demikian memandangkan ramai ahli keluarga dan kenalan akan bersamanya pada 1 Syawal.

    Saya memang orang Kuala Lumpur, jadi beraya di sini bukan sesuatu yang janggal. Saya ada keluarga dan kawan-kawan, hari raya berjalan seperti biasa.

    Kalau tidak meletakkan rasa sentimental sangat, semua ini tidak akan jadi isu besar pun.

    Semuanya berlaku dalam keadaan praktikal dan logikal, tak perlu nak beremosi sangat tentang isu begini. Asalkan semuanya bahagia.

    Kami sedang mencari rentak baharu dan saya sangat hormat serta hargai perkara itu juga.

    Terdahulu, Farid dan Diana sah bercerai buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 24 Mac lalu.

    MENARIK:  Jangan Bangga Diri & Enggan Menghakimi Artis – Baby Shima

    Sekadar info, kontroversi dan kemelut rumah tangga mereka bermula selepas Diana mengumumkan nekad mahu berpisah dan memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua pada 28 Oktober tahun lalu.

    Imbas kembali, Farid dan Diana bercerai talak satu buat kali pertama menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.

    Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 12, dan Nur Aurora yang kini berusia 10 tahun.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah