
Pelakon, Adam Lee mengakui teruja untuk berpindah ke rumah idaman bersama isterinya, Sweet Qismina yang kini sedang dalam fasa pengubahsuaian.
Rumah tengah ubah suai

Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 30, berkata sejak dari dahulu mereka sudah merancang mahu mengubah suai rumah baharu.
Katanya, setiap kali mempunyai rezeki lebih mereka akan meneruskan niat untuk mencantikan rumah tersebut.
Kami tengah ubah suai rumah.
Dari dulu lagi, bila ada rezeki masuk, kami akan teruskan lakukannya.
Kalau nak kata sebab tawaran kerja banyak tu, Alhamdulillah tapi semua itu adalah rezeki daripada Allah SWT.
Adam berkata demikian ketika menghadiri majlis pelancaran drama Pabila Dia Tersenyum yang berlangsung di Sunway Pyramid, Selangor.
Siapkan satu rumah dulu

Mengulas lebih lanjut, Adam berkata walaupun memiliki dua buah rumah namun dia dan isterinya memilih untuk memberi perhatian penuh dalam mengubah suai rumah idaman mereka.
Sekarang kami siapkan satu dulu.
Bila rumah yang tengah ubah suai ni dah siap, barulah kami akan fikir untuk ubah suai rumah kedua pula.
Kunci rumah memang dah dapat.
Sekarang kami extend bahagian belakang dan cantikkan laman rumah.
Insya-Allah kalau semuanya lancar, mungkin tahun ini juga kami akan berpindah masuk.
Ketika ditanya mengenai jumlah kos keseluruhan ubah suai, Adam enggan mengulas dengan lebih lanjut.
Nilainya saya simpan sebagai rahsia, tapi bukan jutaan ringgit pun dalam puluh ribu jugalah.
Untuk rekod, Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.





