Selepas 16 tahun berkecimpung dalam industri muzik, penyanyi Kaka Azraff akhirnya muncul dengan album sulungnya berjudul ‘MPT’.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Masih Suami Isteri’ – Kaka Azraff Jawab Status Rumah Tangga
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kaka Azraff & Bekas Suami Mesra Di Sebuah Acara, Beri Bayangan Cinta Kembali Bertaut? – ‘I Love You A Trillion’
Faham perasaan orang lain

Judul ‘MPT’ merupakan akronim kepada ‘Empati’, yang mengangkat tema kemampuan memahami perasaan dan pengalaman orang lain dari sudut pandang yang mendalam.
Khabar gembira itu dikongsikan Kaka sewaktu sesi Showcase & Listening Party yang berlangsung di Kafe Bijou, Ara Damansara baru-baru ini.
Sepanjang tiga tahun memilih untuk tidak berada di bawah sorotan utama media, Kaka menggunakan tempoh tersebut untuk mengumpul ilham daripada perbualan serta interaksi dengan orang sekeliling.
Sementara itu, Kaka menjelaskan bahawa ‘MPT’ bukanlah ‘comeback’, tetapi merupakan kesinambungan fasa penyesuaian diri dalam perjalanan seninya.
‘MPT’ yang bakal dilancarkan secara rasmi pada penghujung Januari ini merupakan hasil kolaborasi SonaOne dan Yonnyboii serta memuatkan enam buah lagu iaitu ‘Berubah’, ‘Cabar’, ‘Arguments’, ‘Bully’, ‘Takleh Usik’ dan ‘Aku’.
Album ini dihasilkan dengan kerjasama pelbagai pihak serta sokongan daripada Dana Kandungan Kreatif (DKK) Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.
The post Dapat Sentuhan SonaOne & Yonnyboii, Album Sulung Kaka Azraff ‘MPT’ Bakal Temui Peminat Januari Ini first appeared on OHBULAN!.





