26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Damian Mikhail Lancar Single Pertama Berjudul ‘Hidayah’, Bakal Beraksi Solo Pada 31 Ogos Ini!

    Shopee Sale



    Penyanyi Damian Mikhail yang memulakan karier dengan sebuah kumpulan R&B Voice of Euphonious (V.E) kembali dengan single pertama yang berjudul Hidayah.

    Artikel berkaitan: ‘Aku Tak Pernah Cakap Aku Sokong Kerja Atau Orang Yang Menciplak’ – Damian

    Artikel berkaitan: ‘Ni Nak Siasat Atau Ajak Dia Dating?’- Giliran Damian Mikhail Persoal Isu Nur Sajat

    Single terbaharu berjudul Hidayah

    Lagu Hidayah bertemakan ketuhanan ini menceritakan tentang hidayah atau petunjuk daripada Allah SWT kepada insan yang terpilih yang sering dikaitkan dengan saudara baru yang memeluk agama Islam namun hidayah itu sendiri merangkumi sesuatu perkara yang lebih menyeluruh.

    Susunan muzik hanya dengan iringan gitar dan cello sentuhan pemuzik berpengalaman iaitu Syafiq Vai dan Nazrin daripada SOG sudah cukup menghadirkan rasa tenang dan damai bagi mereka yang mendengarkan sesuai dengan mesej hidayah tersebut.

    Lagu yang dihasilkan sepenuhnya oleh Adi daripada kumpulan nasyid Saujana dan diterbitkan secara eksklusif bersama Azalinor Saujana ini merupakan kolaborasi pertama mereka dengan Damian.

    Cukup istimewa, muzik video Hidayah ini menampilkan seorang saudara baru iaitu Maryam Narae atau Maryam DurianKimchi.

    MENARIK:  Terbuka Kepada Pelajar Umur 15 Hingga 25 Tahun, YouthSAYS Jemput Penulis Muda Untuk Kongsi Pendapat, Artikel & Penulisan Kreatif

    Meskipun tidak menampilkan Damian, Maryam berjaya menggambarkan rasa hati dan nyanyian tulusnya itu sehingga menyentuh hati penonton.

    Pada 31 Ogos 2024 bersamaan Hari Kemerdekaan, Damian Mikhail bakal beraksi di solo showcasenya yang pertama pada jam 8 malam di Cafe Liberal Latte, Bukit Damansara, Kuala Lumpur dan tiket boleh didapati melalui laman sesawang

    Lagu Hidayah ini diterbitkan oleh Scriptology Sdn Bhd dengan edaran digital Euphoria Music sudah boleh ditonton di YouTube bermula 1 April 2024.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah