30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Daiyan Trisha Menang Anugerah Melodi Terhangat 2025

    Shopee Sale

    Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 yang buat julung kalinya diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) baru sahaja melabuhkan tirainya, pada Ahad.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah & Sophia Albarakbah Janggal Di Atas Pentas AMT25 – ‘Saya Kenal Sangat’

    Pegang takhta AMT25

    AMT25 tahun ini menyaksikan pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha merangkul Anugerah Melodi Terhangat selepas mendapat undian paling tertinggi dengan membawa pulang trofi kemenangan.

    Selain Daiyan, kongsikan senarai penuh pemenang bagi keseluruhan kategori yang dipertandingkan di AMT25. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

    1. Tonton Original Terhangat – BRU
    2. Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat – Khai Bahar
    3. Selebriti Stailo & Hangat – Daiyan Trisha
    4. Selebriti Newcomer Terhangat – Zarif Ghazzi
    5. Selebriti Trending Terhangat – Cik Epal
    6. Selebriti Maskulin Terhangat – Fattah Amin
    7. Anugerah Khas: Selebriti Viral Terhangat – Datuk Rosyam Nor
    8. Anugerah Pilihan Proton X50 Superstar – Keymi
    9. Selebriti Drama Sangat Terhangat – Sarimah Ibrahim
    10. Selebriti Feminin Terhangat – Sophia Albarakbah
    11. Selebriti Ikon Terhangat – Siti Saleha
    12. Selebriti Couple Goals Terhangat – Bass
    13. Anugerah Melodi Terhangat – Daiyan Trisha
    MENARIK:  Keputusan Gagal: Adira Suhaimi & Datuk Red Bertindak Membawa Kes Cerai ke Peringkat Hakam Sesudah Laporan Jawatankuasa Pendamai Tidak Berjaya

    AMT2025 dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi terkemuka seperti Anuar Zain, Ella, Marsha Milan, Hael Husaini, De Fam, Ara Johari, Iman Troye, Sarah Suhairi dan ramai lagi.

    Lebih mengujakan, penyanyi kelahiran Indonesia yang mencetuskan fenomena iaitu Fajar Noor diterbangkan khas bagi membuat persembahan istimewa pada malam AMT2025.

    Anugerah Melodi Terhangat 2025 dikendalikan oleh duo pengacara terhangat Fikry Ibrahim dan Ain Edruce.

    Sekadar info, AMT2025 dikuasakan Samsung Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Flip7 dan dihangatkan oleh All-New Proton X50.

    The post Daiyan Trisha Menang Anugerah Melodi Terhangat 2025 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah