Pelakon kacak, Hisyam Hamid memilih untuk menjaga jarak dengan seorang penerbit wanita yang didakwa mempunyai hubungan rapat bagi mengelakkan timbulnya salah faham orang ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Posting Yang Saya Kurang Senang’ – Hisyam Hamid Akui Sedar Wujud Akaun Peminat Obses Di Media Sosial
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hisyam Hamid Selesa Hidup Solo, Anggap Gelaran Duda ‘Hot’ Sebagai Pujian – ‘Apa Yang Penting, Saya Tahu Jaga Diri’
Hanya kawan

Ketika ditemui , pemilik nama Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 41, berkata keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan berharap tiada lagi timbul dakwaan dan spekulasi yang tidak berasas.
Sebenarnya kami sudah lama kawan, anak-anak pun mengenalinya sama macam mereka kenal kawan saya yang lain. Kami selesa bersahabat.
Tiada yang berbeza pun dalam persahabatan kami ini. Cuma apabila khabar angin (bercinta) mula diperkatakan, kami menjarakkan diri.
Hisyam berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Black Ops: Operasi Serigala, baru-baru ini.
Dalam pada itu, bapa tunggal kepada dua cahaya mata itu berharap agar orang ramai berhenti menyebarkan khabar angin mengenai kisah cintanya demi menjaga kesejahteraan anak-anaknya.
Bukan baru sekali dua saya didakwa bercinta. Apa pun saya kurang selesa dengan gosip begini. Mungkin orang lain boleh terima, tetapi tidak saya.
Atas sebab itu saya memilih tidak tidak terlalu rapat dengan mana-mana wanita agar tidak timbul spekulasi seperti ini.
Anak-anak pun makin besar. Sebagai ayah, saya rasa tak seronok kalau mereka baca gosip macam ini. Kenalah jaga perasaan mereka.
Dalam perkembangan lain, Hisyam akan kembali ke layar perak dengan filem Black Ops: Operasi Serigala di bawah arahan Syafiq Yusof.
Selain Hisyam, pelakon lain yang membintangi filem tersebut adalah Sharnaaz Ahmad, Datuk Aaron Aziz, Andy Teh dan ramai lagi.
The post ‘Dah Lama Kawan, Tapi Bila Ada Khabar Angin Bercinta Kami Jarakkan Diri’ – Hisyam Hamid first appeared on OHBULAN!.





